Assalam,

Pernah makan sini? Haaaa... Restoran yang penuh dengan Liverpool punyer barang. Aku rasa owner dia peminat tegar Liverpool. So pada siapa yang minat team bola Liverpool ni, boleh datang sini.

Jom masuk!




Dari segi sajian, semua jenis ada. Western ada, ala thai ada, macam-macam. Tak caya, jom intai menu!




Harga tak mahal sangat, dan takla murah sangat. Haritu order, makan;

1x Nasi Goreng Tomyam RM5
1x Grill Chicken RM12.90
1x Sotong Goreng Tepung (tak ingat berapa, dalam RM5)
1x Air Kosong
1x Siram Bandung Besar (share 2 orang)

Total semua lebih kurang, RM27.20. Masa tu takde syiling, so dia kira RM27 jer..


Nasi Goreng Tomyam, nampak kosong kan? Tapi rasa dia not bad..


Sotong goreng tepung dia, lebih tepung dari sotong hahaha! Tapi bila cicah dengan sos dia sedap...



Grill Chicken, woo sedap. Sos blackpepper kenala dengan ayam panggang dia. Sedap! Cuma tak pedas jer. Haa Chicken grill ni, nak tunggu dia punya siap agak lama. Mungkin sebab nak bakar elok-elok atau ramai sangat yang order Chicken Grill..

Tunggu dengan sabar, tapi ada jugak rasa nak marah. huhu. Masa sampai Chicken Grill tu, siap dia punya waiter, mintak maaf sebab lambat. Nasib baik pekerja dia ok. Hilang rasa nak marah, diselangkan dengan kesedapan chicken grill dia. hurmm.. Patutla orang sanggup tunggu hihi..
So pada sape yang nak try rasa diorang punya makanan, korang boleh waze alamat kat bawah ni,

Dstall Corner Kelana Jaya

Address: Jalan SS6/20A, Glomac Business Centre, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone:+60 12-665 8164

Hours: 
Selasa 9AM–3AM
Rabu       9AM–3AM
Khamis 9AM–3AM
Jumaat 9AM–3AM
Sabtu 9AM–3AM
Ahad 9AM–3AM
Isnin        9AM–3AM

Hari-hari bukak! ;) So, apa lagi. Bila-bila pun boleh serbu :D Kepada peminat Liverpool, korang wajib pegi ek :p

Kbai,
AkuSeorangTraveler

8 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post