salam,

Sekarang aku dekat Kuantan, Pahang. Ade wedding job dekat sini 28/29 May. So decide lepak Kuantan dari Jumaat lepas sampai esok, Isnin. Orang kata, kerja sambil jalan-jalan.

Tak jalan sangat pun :p busy!

Jumaat petang bertolak dari Kelana Jaya ke Kuantan, dalam jam 8.40pm sampai. Malam pertama stay dekat YB House. Semalam RM35 jer. Malam seterusnya stay dari Sabtu sampai Isnin, RM100 sajer, dekat Pan Homestay. Bilik selesa!

Cari dekat Trivago via Booking.com. Murah!

So lepas sampai tu. biasala kelaparan. So search dalam map, restoran mana yang sedap. Tengok suggestion, keluar Sara Thai Kitchen.

Sedap jugak kalau pekena tomyam panas, nasi dengan telur dadar. My feveret! Aper lagi, jom jom!

Ramai jugak orang makan situ, mesti sedap. So, kitorang order;

1x Nasi Putih
1x Tomyam Ayam
1x Telur Dadar
1x Nasi Goreng Udang Berlada
2x Air Kosong

Total semua dalam, RM23+-
 


Tomyam dia not bad, sedap. Tapi rasa dia bukan macam tomyam yg kiter selalu makan tu. Ade jugak member yang tak suka dengan rasa tomyam ni. '

Saper pernah makan tomyam dekat RakThai Amcorp Mall (banyak cawangan rasanya)
, taula kot rasa dia macamane. :)  

Telur dadar. Kosong, takde bawang, takde cili. Tapi still sedap, my feveret kekkee. (Buat sendiri pun boleh! :p )
 
Nasi Goreng Udang Berlada. Rasa dia bagi kitorang tak sedap. Maybe tak kena dengan selera. huhu. Mungkin korang rasa sedap, kiter tak tau kan? :p

Makanan lain not sure, sedap ke tak. Maybe nextime kena try!

Restoran ni, servis cepat jugak. Order lepas beberapa minit, terus sampai. Parking agak susah sikit. Betul-betul tepi jalan kena parking. Lau nak pegi, parking tu biar jauh sikit, jalan kaki la better dari parking depan kedai dia tu. Jalan sempit dan banyak kereta.

Nak pegi Restoran Sara Thai Kitchen ni, senang jer... #waze "Sara Thai Kitchen" :D

Semalam lepak dekat Restoran Sup Ayan Kampung. Nanti aku review sikit pasal restoran ni. Malam ni plan nak lepak makan tempat lain yang best! hehee..'

OkBai,
AkuSeorangTraveler 

Post a Comment

Previous Post Next Post