Salam hi.

Last weekend, aku dok layan movie 2 hari berturut-turut.

Sabtu, The Greatest Showman

Ahad, Pitch Perfect 3

Alhamdulillah, dua-dua movie syok gak dilayan. Free tiket kan.

Free?

Yes, free. Aku dapat reward dari GSC sempena besday bulan ni. :D Free 2 tiket untuk 1 movie. Kalau ikutkan, movie yang biasa aku layan, Actions Movie atau Horror. Lain-lain category jarang tengok kecuali ada orang belanja :p

The Greatest Showman, Free! :p
Tiket Pitch Perfect 3, kawan aku pegang sebab dia punya reward aku selit menyibuk sekali haha.

Korang yang mana kaki wayang tu, dah sign up GSC Member ke? Kalau tak sign up lagi, memang rugi. Sebab dalam bulan besday kita tu, diorang akan bagi 2 free tiket untuk selected movie. 

Yang mana belum sign up, korang boleh sign sendiri kat sini


Kalau yang dah tu, jangan tak claim reward pulak. Rugi woo :p

Cara nak claim reward,

Layari http://www.gsc.com.my/

Then sign in.

Pergi ke MY Profile, then Member's Reward
Pilih Birthday Vouchers
Pilih Birthday Movie Voucher

Then akan keluar borang ni,

Borang yang perlu di print out (Black/White)
Lepas print out borang, korang isi details tu. GSC Login ID tu email yang kita guna masa sign up. Nak isi dekat kaunter GSC time claim pun boleh.

Lepas isi semua, bawak borang tu ke mana-mana GSC kaunter. Bagitau nak claim Birthday Reward. Tunjuk borang. Then kita boleh pilih movie mana yang korang nak tengok. Selected movie tu, GSC memang dah ada listkan. So korang pilih jer

Selected Movie bulan January. Best-best :p
Bila dah pilih movie tu, pihak GSC akan bagitahu day, time dan seat yang available. Pilih jer mana nak. Then, setel.

Enjoy the movie :p

Nak tambah makanan pun boleh, tp kena tambah duit la. Yang free tu tiket jer yer hahaa..

Disebabkan memang akan dapat 2 free tiket. Aku layan 2 movie last weekend sebab budak rumah aku pun dapat reward, dia punya besday pun bulan 1 :p So total 4 tiket kitorang dapat untuk 2 movie. Yahooo!

So, sign up tau! Jangan lupa

Adios,
ASTraveler 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post