Assalam hai.

Mood nak update blog harini datang kembali :D

Kali ni aku nak share bagaimana nak buka akaun syarikat dengan CIMB?
Sebab apa aku pilih CIMB?

Sebabnya, bagi aku CIMB adalah bank yang lebih mudah prosedurnya, tak payah introducer dan agak murah kalau nak bandingkan dengan bank-bank lain yang femes dalam Malaysia ni.

Bank-bank yang femes?

Ya, yang femes maksudnya bank yang ramai penggunanya. Kemana-mana kita pergi pun, ada je cawangannya dimana-mana walaupun kecil

Sebagai peniaga online, aku dapat lihat purata pelanggan aku menggunakan akaun Maybank atau CIMB dalam membuat transaksi. Tak kiralah, secara online atau offline. Kedua bank ini lah yang paling ramai penggunanya.

So, untuk akaun syarikat adalah penting bagi kita untuk memilih bank yang paling senang urusannya dengan pelanggan atau orang ramai. Sebab tak semua orang ada online banking walaupun dunia makin maju :D

Bagaimana nak buka akaun syarikat?

Ada 2 cara untuk kita membuka akaun syarikat.

1. Secara Online
2. Secara Offline (Terus ke CIMB Bank berdekatan)

Biasa, kita akan memilih secara online untuk apply sebab mudah. Dihujung jari kan? Mungkin juga diantara kita ada yang akan pikir, bila dah apply online, kita tak perlu ke bank lagi untuk berurusan.

Oh, tidak tidak!

Lepas selesai permohonan secara online kita juga akan diberi tempoh dan perlu datang ke cawangan bank yang kita pilih semasa apply online. Maknanya, apply online tu bukanlah terus boleh buka akaun syarikat, tapi hanya selesai mungkin dalam 50% dari permohonan.

Sebenarnya, apply online tu adalah sebagai pra-permohonan sahaja. Sebab lepas kita apply isi borang secara online, kita juga perlu ke CIMB yang dipilih untuk next step sehingga selesai.

Aku dah try secara online, tapi tak pasti kenapa tak berjaya. Mungkin sebab term dalam borang tu, ada yang rumit untuk difahami dan aku tersalah isi. Al-maklumlah baru 1st time nak buka akaun syarikat.

Once kita dah submit, then kita dah tak boleh edit balik apa yang tersilap masa 1st time isi tu.

Tunggu lah lepas 14 hari, baru boleh apply/edit semula, kalau tak silap lah :)

Lama kan nak tunggu?

Yes pada mulanya, memang aku pilih apply secara online.

Tapi disebabkan aku gagal apply secara online dan lama nak tunggu untuk edit semula apa yang tersilap so aku terpaksa la pilih cara kedua, iaitu terus ke bank untuk permohonan buka akaun syarikat.

Kalau tak pergi, lambat selesai!

Nak buka akaun syarikat, apa perlu dibawa?

1) Fotostat Kad Pengenalan (Depan/Belakang)
2) SSM Syarikat (Original/Fotostat)
3) Cop Syarikat (Ikut Format, boleh google)
4) Wang RM1,000

Ini kalau bank CIMB lah. Kalau bank lain, mungkin lebih kurang sama atau lain sedikit dokumen yang perlu dibawa.

Masa aku nak apply haritu, aku pergi ke CIMB Seksyen 9, Shah Alam. Bila dah sampai tu, aku terus tanya ke kaunter pertanyaan untuk buka akaun syarikat.

Then aku di pass pada pegawai yang berkaitan. Terus dia minta dokumen yang diperlukan dan aku perlu isi borang.

Kalau ada pegawai dekat depan mata, mana yang tak paham kita boleh la tanya-tanya kan? :p

Masa isi borang tu tak susah pun, sebab dia suruh isi mana yang perlu sahaja. Yang lain-lain pegawai tu akan selesai kan. Jadi kita tak perlula nak paham term-term perniagaan yang kita payah nak paham tu :D

Then bila dah selesai, pegawai tu berikan nombor Akaun Syarikat untuk kita depositkan wang RM1,000 ke dalam akaun syarikat kita untuk diaktifkan.


Lepas tu, dapatlah kad ATM dan kad perlu diaktifkan di ATM dengan menggunakan default PIN yang diberikan oleh bank. Kita akan diberi masa 24 jam untuk tukar kepada nombor PIN yang baru :)

Yeay dah ada akaun syarikat :) #ALHAMDULILLAH

Tak sampai sejam pun urusan. Mudah kan?

NOTA: Duit yang kita deposit kan tu, boleh keluar kan semula dalam masa 24jam. Itu korang tak perlu risau :D

Adios,
ASTraveller2019

6 Comments

  1. Noted nih, praktis bgt ya daftar di bank CIMB

    ReplyDelete
  2. Enak ya jaman sekarang, apa apa bisa dilakukan secara online. Bahkan bikin akun rekening pun bisa. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. mantap ya ada prapermohonan nya, jadi bisa lebih mempersingkat prosedur pembuatan rekeningnya. thanks god i'm living in this era.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post