Assalam semua,

Kali ni, aku nak share sikit cara mudah bagaimana nak tentukan arah kiblat. Lain tempat, lain kedudukan kiblatnya kan?

Jadi, arah kiblat amatlah penting untuk kita tahu sebelum menunaikan ibadah solat

Yang selalu travel ke tempat orang walau dalam Malaysia sekali pun, arah kiblat amatlah penting. Kalau singgah solat di masjid atau surau, arah kiblat mungkin tiada masalah. Tapi jika kita menumpang solat dimana-mana selain masjid atau surau atau di hotel-hotel bajet, mesti kita kena tentukan sendiri arah kiblat kan?

Kalau situasi macamni, macamane korang buat?

Kalau di homestay atau hotel-hotel, mungkin kita boleh bertanya pada staff yang ada disitu. Kalau ditempat-tempat lain?

So kali ni, aku nak share sikit cara mudah untuk kita tentukan arah kiblat. Ada 2 cara yang biasa aku gunakan, iaitu:


1. Arah Matahari Terbenam

Arah matahari terbenam, adalah arah kiblat kita. So, kalau waktu pagi atau petang, sangat mudah kita nak tahu mana arah matahari terbenam. Tapi jika waktu tengahari, matahari lurus diatas kepala, payah sikit kita nak tentukan arah kiblat kecuali kita betul-betul ada ilmu yang berkaitan. Tak semua orang tahu sebab aku sendiri pun tak berapa tahu :p

So kita pergi cara kedua, yang lebih mudah.

2. Kompas

Menentukan arah kiblat dengan menggunakan kompas adalah cara yang paling mudah dan tepat. Jadi aku lebih prefer cara kedua ini, iaitu dengan menggunakan kompas.

Bagaimana?

Zaman teknologi serba canggih ni, aku rasa setiap smartphone yang korang gunakan, semuanya dah ada digital kompas ni. Tapi kalau takde, korang boleh download aps Digital Compass di Google Play store seperti gambar dibawah secara percuma :D



Bila dah download, open kompas tu dan rotate smartphone kita ke arah 292° seperti gambar dibawah (Gambarajah 1.2)

Gambarajah 1.1
Gambarajah 1.2
Kedudukan smartphone kita akan jadi macam ni,



Arah kiblat kita adalah arrow kuning seperti gambar diatas.

Mudahkan?
Gambar Cedok Dari Google

Nilai 292° tu adalah nilai tetap untuk tentukan arah kiblat diseluruh Malaysia. :D

Adios,
ASTraveller[dot]Com

27 Comments

  1. Nice info. Saya pernah ke masjid ternyata kiblatnya salah harus sedikit miring ke kanan. Dan itu bukan hanya 1 masjid, tapi beberapa. Semoga dengan adanya teknologi digital, penentuan kiblat bisa lebih akurat lagi demi kesempurnaan ibadah

    ReplyDelete
  2. If you're trying to lose weight then you need to start following this totally brand new tailor-made keto meal plan diet.

    To design this keto diet service, licensed nutritionists, fitness couches, and chefs joined together to develop keto meal plans that are productive, suitable, economically-efficient, and delightful.

    Since their grand opening in 2019, hundreds of people have already remodeled their figure and well-being with the benefits a professional keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones offered by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete
  3. Nice info. Saya install aplikasi Muslim Pro selain ada petunjuk arah shalat juga ada panduan waktu shalat serta bacaan surah/al-qur'an.

    ReplyDelete
  4. best flower shop in dubai and excellent customer service highly recommend!"

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post