FlexiPack International - Pengalaman Pertama Menggunakannya

Wednesday, July 1, 2020

Assalam guys.

Apa khabar, lepas Covid-19 melanda ni? Alhamdulillah negara kita, tak lama lagi bebas dari wabak ini, inshaAllah. Semoga kita semua baik-baik saja.

Posting kali ini, aku nak share sikit pasal FlexiPack. Pernah dengar tak?

Ok, FlexiPack ni adalah penghantaran parcel ke luar negara dan ianya adalah salah satu servis yang disediakan oleh Pos Malaysia Bhd.

Kenapa FlexiPack?

Sebelum menjual di Ebay, aku dah start riki-riki dengan courier yang mana paling ngam dan bagaimana nak pos ke luar negara. Biasalah, kalau dah berniaga di Ebay atau lain-lain platform online antarabangsa, proses penghantaran ke luar negara dan kos nya pun kita kena tahu.

Kalau tak tahu, bagaimana kita nak hantar barang kan?

So, start dari sini aku mula buat research. Nak pos pakai apa dan kos. Bagi aku, servis dan kadar caj yang sangat berbaloi adalah pilihan.

Google punya google, terjumpa la servis FlexiPack ni. Murah dan servis nya pun agak memuaskan.

Tadaaaaa, ini dia FlexiPack

FlexiPack ni ada dua jenis, samada dalam bentuk Flyers (macam Pos Laju tu) atau pun dalam bentuk kotak.

Harga dia memang murah berbanding Pos Laju International biasa.

Pernah tanya sendiri di kaunter Pos Laju, barang yang beratnya 146g untuk dihantar ke US adalah RM200+

Mahal gila kan kalau guna Pos Laju biasa.

Tapi dengan menggunakan FlexiPack, total penghantaran yang aku hantar ke New York, US haritu adalah RM32.50 sahaja.

Jauh lebih murah kan?

Dimana nak dapatkan FlexiPack ini?

FlexiPack biasanya ada dijual di Pejabat Pos sahaja. Kalau di Pos Laju (kiosk dsb) tu biasanya takda. So, nak beli flyers / box FelxiPack, korang digalakkan terus ke Pejabat Pos.

Berikut adalah senarai harga flyers / box mengikut negara yang hendak dihantar.

Atas ni, harga flyers (envelope) / box sahaja mengikut berat barang, tanpa tracking number. Untuk mendapatkan tracking number, korang kena beli lain. Nak beli, korang bagitau jer, saya nak beli tracking number sekali.

Untuk tracking number, harganya adalah RM13.50 setiap satu. Tracking number ni penting untuk track barang yang korang hantar. Kalau korang taknak beli tracking pun takpe sebenarnya, tapi jika dah sampai dekat pelanggan dan pelanggan kata masih tak sampai macamane? Susah kan sebab tiada rekod.

So, aku sarankan korang wajib beli tracking number :)

Dah beli Flyers / Box dan tracking number, korang kena la isi details dekat flyers tu. Nama alamat dsb. Aku beli flyers XS untuk berat barang kurang 150g berharga RM18/pcs.


Kalau flyers ni, dia takda bagi borang untuk tulis alamat, terus je tulis atas flyers.

So tak galakkan guna pen biasa. Nak tulis kena tulis dengan Marker Pen (Permanent) ye. Supaya tulisan tak hilang dekat flyers tu..

Macam aku guna, Marker Artline 700 (mata halus)


Jom isi!


Dibahagian depan flyers, tuliskan details Nama Pengirim dan Nama Penerima macam biasa. Lengkap tau. Kalau dibahagian emel pengirim tu perlu la ada. Kalau emel penerima, tak perlu pun takpe. Yang lain wajib isi.

Yang ni, bahagian untuk lekat tracking number yang dibeli asing tadi.

Tracking Number

Belakang Flyers (Customs Declaration)


Yang ni aku isi dibahagian,

3. Customs Declarations (Pengisytiharan Kastam)
4. Category of Items (Kategori Item)
6. Declaration (Pengakuan)

Contoh seperti dibawah,


So lepas siap isi semua, korang kena drop parcel dekat Pejabat Pos sahaja. Kiosk Pos Laju dorang tak terima kot.

Jangan drop dekat mana-mana box, hanya dikaunter je ye :p

Dorang akan timbang semula parcel yang kita nak hantar tu dan masukkan details kita dari flyers yang kita tulis ke sistem.

Aku punya parcel lepas timbang, lebih dari berat asal 149g kepada 160g. So dorg caj aku RM1 sebab terlebih berat 10g hahaha. Nasib baik RM1.. Kalau bantai RM10, naya :p

So goodluck pada korang yang baru nak pos barang ke luar negara menggunakan FlexiPack.

Adios,
ASTraveller.com

9 comments

  1. Setakat ni x terima order dari overseas sbb kos postage yg mahal. Tp lps ni mungkin boleh dipertimbangkan. Thanks for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 sy pun takut juga.. tp alhamdulillah ada yg murah. so pakai yg ni jimat dari pos laju international berganda mahal. :)

      Delete
  2. ¡¡Hola!! Muy interesante artículo, gracias por darnos a conocer esta forma de enviar envíos. Gracias por tu visita y comentario en mi blog. Soy tu seguidora número 443. Saludos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hola.

      gracias por visitarme y seguido. Saludos desde Malasia

      Delete
  3. Glad you found a more affordable shopping option for your sales!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessa. Im so glad! :) thank you for visiting here!

      Delete
  4. tq for info, btw flexipack ni xde macam sendparcel tu ke? isi dalam excel lepas tu upload dlm website?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flexipack ni send parcel mcm pos laju :)

      Delete
    2. boleh baca lanjut disini

      https://www.astraveller.com/2020/07/bagaimana-cara-nak-pos-barang-ke-luar.html

      Delete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.