Bercamping Di Pantai Kelanang Banting

Tuesday, September 29, 2020

Assalam guys....


Awal bulan haritu, aku bercamping lagi. Kali ni, try bercamping di Pantai Kelanang, Banting. Sebelum ni ada juga baca, camping di Pantai Kelanang boleh tapi tiada kemudahan seperti toilet dsb.


So try jela kan. 


Lagipun stay dekat rumah, bukan ada air pun. haha Biasalah kan, Selangor + tiada air berpisah tiada 😂


Aku bertolak dari rumah ke Pantai Kelanang mengambil masa dalam sejam+ Tak jauh pun, sebab aku stay area Seksyen 30 Shah Alam. So no choice lah, sebab nak dekat kita try jela bercamping dekat sini...


Tadaaa, ni dia khemah aku time lewat petang 😀 Excited dengan lampu hias dekat khemah tu sebenarnya haha



Pstttt, lampu ni aku beli dekat Shopee jer.


Aku bercamping dekat sini 2D1N. Pantai Kelanang ni bagi aku, quite nice. Sebab tempat nak bercamping tu agak redup dengan pokok-pokok. 



Cuma, air di persisir pantai adalah keruh dan agak kotor. Untuk mandi kurang sesuai kot. Bagi aku la

Tapi ramai je aku tengok, yang pegi mandi pantai walau air agak kotor 😅


Kemudahan


Dari segi kemudahan, alhamdulillah semua ada. Tapi macam biasalah kalau public toilet. Semua atas tanggungjawab sendiri. Tolong jaga kebersihan sama-sama


📌 Toilet 24 jam (Percuma)

📌 Tapak (Percuma)

📌 Gerai

📌 Tempat Letak Kereta (Percuma)

📌 Surau


Overall not bad. Nak camping santai-santai korang boleh la try dekat sini. Cuma, kalau waktu siang, kera agak banyak. Korang kena jaga-jaga sikit makanan. Takut kena sambar 😆 Anjing pun ada, tapi dorang tak ganggu pengunjung pun.


Belah malam, semua binatang tadi takda. Maybe dorang balik ke rumah masing-masing kot gamaknya hahaha


Keselamatan


Dari segi keselamatan, aku rasa selamat sebab ada pegawai JPAM bertugas dekat situ 24 jam.


Nak kesini, korang jer Waze / Google Map "Pantai Kelanang Camp Site" InshaAllah sampai.. Nak dapat tapak yang best, kena datang awal pagi. Sebab kalau datang tengahari, takut full. Weekend ramai weh yang berkelah dekat situ..


Dekat bawah ni video suasana belah siang & malam di campsite. Selamat menonton 😎




Posting kali ni, tiada gambar. Lupa nak snap. So korang layan jela video ek 😆

Adios,

2 comments

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.