Duit Kena Hold Di Paypal

Friday, November 13, 2020

Halu guyss...


Jom borak lagi pasal Paypalebay 😃 




Hari ini dapat lagi buyer dari CA, United States. Dia beli kuali Fire Maple, berharga $20 siap shipping. #alhamdulillah. 




Tapi yang sedihnya, payment yang aku dapat tu kena HOLD oleh Paypal 😂 


Ah sudah, sangkut pulak! Aku tak buat salah lagi rasanya ni. huhu


Paypal tahan duit aku weh hahaha. Risau juga, 1st time kena hold.




Gelabah juga 😆



Penerangan dari Paypal ni, aku kurang jelas...


So aku pun apa lagi, Google Search la kenapa duit kena HOLD dekat Paypal. Bagaimana aku nak bayar suplier untuk proses barang dia ni kalau duit pun tak masuk lagi, sebab kena hold 😏 Ini pengalaman pertama aku bila buat dropship dari luar. Then puas cari dekat Google Search, FB dan akhirnya dapat juga jawapan.


Sebab apa duit kena hold di Paypal?!


Berikut adalah jawapan salah seorang seller ebay di Facebook, mungkin merangkap otai dah kot dia ni. 😎 




Untuk mengelakkan dari scammer yang makin berleluasa, dorang buat macamni. Hold duit kita, sehingga kita update ship dan tracking number ke dalam sistem ebay. Then barulah Paypal akan release duit yang kita dapat tu. Hope so lah. 😁


So dalam situasi ini, aku ada 2 pilihan. Samada nak refund duit buyer ataupun aku terus proceed order dekat suplier. 


Untuk menjaga reputasi aku di ebay, aku pilih proceed order. Tapi masaklah sikit sebab kena dahulu kan duit sendiri untuk jadikan modal huhu. Bila dah update ship dan update tracking number dalam ebay, baru lah naik notis dari Paypal seperti dibawah




Dorang akan verify order yang kita process tu, then dalam masa 7 hari barulah dorang akan release duit kita masuk ke akaun Paypal. 😍


Janganla sampai 21 hari hold, #matilanak 😆


So, kalau korang ada kena macam ni. Janganlah risau. Korang proceed je order, tapi kena pakai duit sendiri dulu lah kalau buat dropship. Kalau pos barang sendiri pun, korang tetap kena bayar kos pos dengan duit sendiri. huhu 😆


Tapi kalau tiada modal, terpaksalah refund duit buyer ahaha 😌




Kalau aku, memang kena buat macamtu jugaklah. REFUND. Kalau takda duit nak buat modal, terpaksa refund. Kalau refund, memang setel cepat. Cuma takut juga reputasi kita di ebay, buruk. Nak menjual di ebay, ada orang beli, then ko tak proceed pastu ko refund. Nak berniaga ke taknak ni? ahaha 😂


Begitulah!


Btw, good luck pada yang baru nak jual barang di ebay! Kalau rajin, bacalah posting aku pasal ebay sebelum ni. Aku hanya share sedikit info berdasarkan pengalaman aku berniaga di ebay jer sebab aku bukan cikgu ebay 😛😝


Adios,

ASTraveller.Com

Post a Comment

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.