Sanctband Active Loop Band (Heavy)

Saturday, November 14, 2020

Haluuu guys. Good day! 😘


Sejak dunia dilanda wabak Covid 19, dan sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) diperkenalkan. Aku rasa diri aku ni memang dah tak pernah nak ber-exercise kecuali buat kerja-kerja rumah yang ringan. Tak membantu langsung dalam mengurangkan berat badan. ermmm 😏


Berat badan naik mendadak lagi adelah. 😆 Dah #stayathome je kan? Makan, tido, layan Netflix, buat jualan online, buat kerja rumah sikit-sikit. Paling banyak berjalan pun, sebab ada ke Pejabat Pos untuk hantar barang customer. Nak capai 8 ribu langkah sehari tu, memang tak lepas lah. Apatah lagi 10 ribu langkah, jangan haraplah! 😆


Mana tak nya berat badan makin bertambah 😜


Jadi untuk mengatasi masalah kegemukan badan aku ni, aku survey alat exercise yang boleh aku buat dalam rumah jer.. Yang penting mampu milik. Cari punya cari, aku terjumpa brand ni 😚


Sanctband Active 😎


Tadaaaaa,



Mini Loop Band ni, aku beli dengan harga RM29. Dapat free shipping lagi dari Shopee. Okay memang banyak jimat guys. Terus add to cart dan bayar. 


Today baru sampai. Tak sabar nak excersice 😍


Apa yang ada dalam Pakej Sanctband Active Loop ni?


1x Loop Band

1x Excersice Manual


Actually Sanctband Active ni, ada banyak jenis dan level. Aku pilih Mini Loop Band (Heavy) sebab harga dia masih dalam bajet aku buat masa ni.


Dah try test tadi, memang agak berbaloi dan band dia padu..




Berpeluh jugak la tadi walau kejap. Banyak jenis excersice yang kita boleh buat berpandukan manual yang dia bagi. Antaranya seperti dibawah,



Banyak kan? Nanti boleh follow manual untuk exercise 😍 Hope dengan ada band ni, aku boleh turunkan berat badan aku hehee


Korang pulak, excercise dekat rumah macamane? 😁


Adios,

ASTraveller.Com

Post a Comment

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.