Haluu guys! 😎


Tetiba, baru-baru ni aku dapat notis macam ni dari ebay

 

"The buyer hasn't receive the item yet"  then ebay suruh aku respon as soon as possible.


Buyer ebay aku dari Alaska, US claim yang barang dia masih tak dapat. 😦 Order 13 November 2020 tapi pada 20 Disember 2020 masih tak dapat-dapat lagi barang dia.




Sepatutnya estimate time arrive (ETA) barang dia pada 22 Disember 2020 (ebay). Tapi masa tu, status update parcel masih dalam transit somewhere else dan belum sampai-sampai pada dia, malah belum jejak ke US pun lagi. 


Buyer pun claim dan request 😅


Why is this still in transit? Did it get shipped??




Cuak beb! 😨


Order lain semua ok, tiada masalah 




Yang barang dia ni, transit jer. Tiada apa-apa update lepas 18 Novermber sampaila buyer request pada 19 Disember, masih tak sampai-sampai lagi ke US. 




For sure, barang dia memang dah jalan... Aku percaya pada seller China tu, sebab dah order beberapa barang alhamdulillah semua sampai.


Tapi buyer Alaska ni, barang dia in transit dah sebulan lebih weh!


Ah sudah, mana pergi barang dia? 😂


R E L A X, C O O L. Jangan gelabah.... 😌


Pertama sekali, aku cek dulu tracking barang tu dekat semua website dibawah ni,


China-Post Track

Ship24

Package Radar


Semua yang aku cek, memang tergantung. In transit. Cek di USPS pun, dorang masih belum terima barang dari China. 


Waduhhh... 💆



So penyelesaiannya, kita try chat la dengan seller di Aliexpress. Tanya dia, apa status barang yang dihantar ke US tu. Kenapa lama sangat? 😌



Nasib baiklah seller yang aku dapat ni menjawab pertanyaan aku. Barang memang dah jalan, then biasala kadang-kadang lambat nak sampai. Tambahan pula, kes Covid makin meningkat. Maybe itu adalah salah satu faktor barang yang dihantar delay dan lambat sampai. 😅


So dah dapat jawapan, aku response balik pada buyer. Aku cakap barang masih dalam perjalanan. In transit, somewhere else & don't know where. Dan aku tunjukkan segala bukti yang ada dalam website tracking tadi. Siap sertakan link.


Di ebay ni macam payah sikit. Nak chat dengan buyer tak boleh nak send gambar atau screenshot whatever. Hanya boleh text saja. 😂 So pandai-pandailah kan.


Since buyer request tu, aku keep update jer dengan dia, dan aku cakap dekat dia once dah sampai dekat USPS United State aku akan update. 


Bla bla bla...


Buyer senyap membisu, maybe diorang tengah sibuk nak sambut Krismas. Tapi case dekat ebay tu still open.


Dalam masa yang sama, paling tak bestnya, ebay tarik balik dan hold bayaran yang dia buat masuk ke PayPal tu. Ceh! Dekat RM100 jugakla kena hold bai 😂 Sabor jelah, dah memang rules dia macam tu. Buyer tak dapat barang, duit akan dipulangkan.. hahaha


Moga dalam masa terdekat ada update dari USPS.


TUP TUP...


Lepas beberapa hari tu, aku dapat update dari USPS. Happy giler ahh time tu 😀 Then cepat-cepat aku update pada buyer. Bagi dia senang hati sikit.



Then dia reply weh. Alhamdulillah. 


USPS bagitahu, expected delivery by Wednesday 30 December 2020. 


Then aku cek la pada 30hb lepas. Yes, barang dah sampai area dia, tapi masih belum out of delivery lagi sampai la sekarang. Maybe sebab public holiday untuk sambutan tahun baru 2021 kot. Bhahaha 😅 




Walaupun begitu, aku tetap keep update dengan dia. Supaya dia tak anggap aku ni sebagai seller yang tak pedulikan customer. huhu




Harap dia paham la dengan situasi 😌


Jangan marah aku wehh hahahaa. Moga barang dia selamat sampai dalam beberapa hari ni dan moga aku tak dapat negative feedback dari dia. Dahla baru nak up menjual di ebay. 😆


Pengalaman pertama nih. Moga baik-baik jer


Adios,

ASTraveller.Com

Post a Comment

Previous Post Next Post