Hi guys! Ketemu lagi πŸ˜€

5 Hari lepas, aku dapat buyer dari Chile di eBay. Tapi order dia, aku refund sebab aku tak dapat RUT Number dari dia (buyer).


Apa itu RUT Number?

Dari bacaan yang aku google, RUT Number adalah singkatan dari perkataan Spanish iaitu Registro Único Tributario atau taxpayer ID Number untuk rujukan customs (kastam). 

Masa mula-mula dulu, aku tak tahu jugak apa itu RUT Number. Bila aku place order untuk buyer dari Brazil & Chile, AliExpress mintak kita isi RUT Number, aku jadi blur sebab tak tahu...😌



Aku trylah skip, kot-kot boleh. Tapi tak boleh. So memang kena isi lah RUT Number tu, walau macamana sekali pun. 

Woo, apa tu RUT Number? 😳

Google punya google, rupanya RUT number tu adalah taxpayer ID Number atau nombor ID pembayar cukai untuk rujukan Kastam mengkut rules negara-negara masing-masing. Setakat ni, sepanjang pengalaman aku berniaga di eBay, antara negara yang kena isi RUT Number ini adalah negara-negara dari benua Amerika Selatan (South America). 


Negara dari Amerika Utara (North America) dan lain-lain negara  yang pernah aku deal seperti Israel, Sweden, Hong Kong, Australia & Canada, memang tidak perlukan RUT Number untuk rujukan customs. 

Hanya negara-negara dari benua Amerika Selatan sahaja setakat ini yang memerlukan RUT Number. Negara lain yang aku tak mention, tak pasti. Mungkin juga perlu dan mungkin juga ada yang tidak perlukan RUT Number.

RUT Number, apa penyelesaiannya?

So penyelesainya, jika RUT Number diperlukan masa kita nak place order di AliExpress adalah korang perlu atau wajib direct message buyer di eBay dan mintak dia RUT Number (Taxpayer ID Number) untuk rujukan kastam. Tunggu jelah sehingga buyer reply ID Number. Kalau tak dapat atau no response dalam masa yang agak lama, kena refund jelah pada buyer supaya kita dapat elak bad record di eBay sebab penghantaran lambat atau lambat process order.

Berdasarkan pengalaman, buyer dari Chile memang aku full refund sebab dia lambat reply message. Ambil masa juga, dalam 4-5 hari baru reply message aku haha. πŸ˜‚ Jadi aku terpaksa refund sebab ambil masa yang agak lama untuk aku proses order dia. Kalau dia nak juga beli barang tu lepas dah refund, suruh dia replace order dan sertakan sekali RUT Number siap-siap untuk rujukan customs

Dan untuk buyer aku dari Brazil pula, selesai sebab dia reply RUT Number untuk order dia. Alhamdulillah barang dia dah selamat sampai dengan jayanya 😎

So kalau terjumpa order yang kena isi RUT Number macamni, buat je macam yang aku buat tadi. Selesai. πŸ‘ŒπŸ˜—

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post