Salam guys, good day! 😁



Alhamdulillah syukur, petang tadi PM kita telah mengumumkan cara terbaru pengeluaran wang dari akaun KWSP masing-masing dengan kaedah pengeluaran i-Citra selepas i-Lestari & i-Sinar untuk meringankan beban pencarum sepanjang musim pandemik Covid-19.


Jadi, tunggu apa lagi guys. Korang dah boleh start mohon pada 15 Julai 2021 nanti ya! Apply jangan tak apply 😗


Pengeluaran i-Citra


  • Pencarum boleh mengeluarkan sehingga RM5000 dan akan dibayar sebanyak RM1000 sebulan selama 5 bulan bergantung pada baki akaun masing-masing. 
  • Kesemua ahli boleh mula membuat permohonan pada 15 Julai 2021
  • Pembayaran pertama akan dibuat pada Ogos 2021

Nak apply dekat mana? Ahaa, nanti akan ada portal untuk i-Citra. Apa-apa update, korang boleh usha-usha je dekat laman web rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja.

Ehem, terima kasih kerajaan kerana mendengar keluhan rakyat. 

Adios,

2 Comments

  1. Tengah dok fikir2 lagi nak keluarkan ke tak.Sayang jugak nak keluarkan sebab boleh jugak guna untuk savings masa tua.BTW, Jemput singgah blog Syu https://www.syuderis.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak terjejas dan bukan keperluan tak perlu keluar. btw TQ singgah blog saya :) nti sy singgah kembali

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post