Salam guys. Good day! 😁

Pagi ni aku saja nak share dekat korang, cara nak topup CP lagi murah berbanding kita topup direct di aplikasi CODM (Call Of Duty Mobile)

Psssssttt, ini untuk para gamer je ye guys. Yang main game Call Of Duty Mobile dsb tahulah apa semua benda alah ni hahaha. Sebab aku pun salah seorang yang main game Call Of Duty Mobile ni hikss 😄

Tadaaaa,




Sila la add GPC丨JTGam×ng kepada siapa yang ada akaun CODM ni.. Mana tahu korang boleh carry nanti hahahaha

Weh!

Tapi sejak bila aku main game ni? Sebelum ni, mana la nak layan sangat game-game macam gini dekat mobile phone kecuali Candy Crush. Tu pun dah lama tak main. Sejak PKP PKP PKP PKP till jannah ni lah, aku terjebak main game ni dekat mobile phone. Untuk isi masa lapang 😂

Bila dah terjebak tu, paham-paham jelah kan? hakhakhakahkahak

Biasalah, kalau dah main game ni. Garena macam-macam offer pada kita skin-skin (character) yang rare. Suruh kita spin, kalau ada luck maybe sekali spin dah dapat skin apa yang kita nak. Macam semalam, aku spin skin Death Angle Alice - The Fool. Sekali spin je dah dapat. haha




Rezeki.

Biasanya kalau skin ni, 5x spin dan keatas baru boleh dapat skin. Disebabkan rezeki, sekali spin sudah dapat. 

Eh, spin ni free ke atau kena pakai duit?

Ya, spin kena pakai CP. Nak dapatkan CP korang kena pakai duit lah. 😂 Biasalah, business's everywhere 😆 Biasanya, kalau sekali spin akan hangus 30CP. 

30CP tu berapa pulak nilainya?

Berikut adalah nilai-nilai CP yang kita kena topup. Tapi, yang dibawah ni, kalau kita topup direct under aplikasi game Call Of Duty Mobile lah.




Payment, boleh direct Visa, Touch & Go eWallet atau Celcom




Boleh tahan kan harga dia?

Nak lebih murah? 

Haaa, benda ni lah yang aku nak share dengan korang. Nak topup CP lagi murah, korang boleh usha kat sini guys





Berikut adalah harga topup CP under Garena Top Up Center


Payment via FPX



Payment via U-Mobile



Payment via digi



Payment via Razer Gold PIN



Payment via Razer Gold


Cara payment tu, aku lebih prefer via FPX atau Razer Gold. Sebab 2 cara ni je aku senang nak topup. Cara lain, tak pasti. hahaha. Nanti korang try lah sendiri, mana yang senang nak topup. 

Tadi aku dah try buat payment via Razer Gold. Belian minima adalah RM20. Kalau ada duit lebih, boleh la buat payment via FPX, belian minima adalah RM70.

Cara Nak Topup Under Garena Top Pup Center

Cara nak topup tu senang je guys. Kalau kita topup via Razer Gold, korang kena sign up dulu la akaun Razer. Don't worry, sign up percuma jer. 

Follow je instruction dari Razer, verify no fon semua. Then siap. Takda kena apa-apa bayaran pun okayy. Free sign up! 😁

Then bila dah sign up akaun Razer tu, terus kita boleh buat payment seperti di bawah.


Klik je Reload Now

Then pilih je mana-mana cara yang korang nak bayar. Banyakkkk ni haaa.. Macam-macam bank ada. Selain bank, nak guna Paypal, WechatPay, Touch & Go e-Wallet dsb. Semua boleh, janji korang mudah nak bayar.


Bila dah setel bayar tu, CP akan terus masuk ke akaun CODM kita. 😄

Actually, sign up akaun Razer ni tak rugi pun. Ada benefit juga yang dia bagi dekat kita. Especially, kalau kita nak beli barang-barang gaming dari Razer. Setiap kali kita topup CP under Razer, kita akan dapat Silver Point. Silver point ni, kita boleh redeem guys 😁


Best kan? Tu pun kalau korang nak beli barangan Razer lah hahhaa 😂

Okaylah guys, selamat tambah CP. Anything yang korang nak tambah atau tanya, boleh tulis diruangan komen.

Adios,

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post