Salam. Halu, guys! Good day 😁




Petang ni, saja aku nak santai-santai tulis pasal Jana Duit Dengan Blog. Sebelum ni, ramai juga yang tanya dan persoal dengan aku.


  • Bagaimana dengan blog, korang boleh dapat duit ek? 😲
  • Tulis blog je boleh dapat duit, macamana tu? 😕
  • Boleh eh, jana duit dengan tulis blog jer? 😒


Ya, memang kita boleh buat duit atau jana pendapatan dengan blog. Tapi, bukanlah se-simple yang macam kita pikir. Ko baru jer daftar blog hari ini, then tulis satu posting baru, dan terus dapat duit. 


Oh, tak! 


Bukan macamtu. Ada cara dia sebenarnya.


So kat sini aku try la explain sikit-sikit bagaimana kita boleh jana duit melalui blog berdasarkan pengalaman aku tulis blog dah lebih 10 tahun ni 😁


Dulu, mula-mula aku tulis blog memang takda income pun. Tak boleh pun jana duit dari blog. Then lepas research semua, baru aku paham bagaimana fulltime/partime blogger boleh jana duit melalui penulisan di blog sahaja.


Actually, banyak je cara kita boleh jana duit melalui blog. Di antaranya:


  • Kita offer untuk up iklan daripada para peniaga di blog kita dengan bayaran. Contoh, tempel satu iklan dalam blog selama sebulan dan caj RM10. Kira macam kita sewakan tapak iklan dalam blog kita-lah, selama sebulan dengan kadar bayaran RM10/sebulan (Sewa Iklan)
  • Offer review sesuatu produk/bisnes dengan bayaran. Contoh, korang promote sesuatu produk atau perniagaan orang lain di blog dengan bayaran. 
  • Link kan akaun blog kita dengan Syarikat Pengiklanan Blog seperti Advertlets, Nuffnang, Google Adsense dan sebagainya. 


Link iklan dengan Syarikat Pengiklanan Blog ni, ada syarat yang kita perlu ikut. Ada sesetengah syarikat, memang mudah je kita nak link kan blog dengan iklan mereka, contohnya Nuffnang dan beberapa syarikat tempatan lain. Ada sesetengah syarikat tu payah sikit, bergantung pada syarat. Contohnya, link dengan Google Adsense 😂


GoogleAdsense ni ketat sikit. Masa aku apply dulu, banyak kali failed weh sebab tak memenuhi syarat yang dorang nak. Lepas aku improve-kan posting blog dan sebagainya, aku berjaya link kan blog aku dengan GoogleAdsense. Alhamdulillah


Kenapa GoogleAds ni payah sikit eh? 


Bagi aku, mungkin sebab kadar bayaran yang dorang akan bayar pada kita. Yang senang nak link tu, maybe sebab kadar bayaran agak murah. Contoh, dia akan bayar pada kita 1 klik, 1sen. Kalau dengan Google Ads, bagi aku agak mahal juga bayaran dia. Yang paling best, bayaran adalah dalam nilai USD. So nak apply tu, tinggi sikit syarat dia. So syabas pada yang dah berjaya apply dengan GoogleAdsense! 😀



Dibawah ni, adalah contoh-contoh iklan GoogleAds yang ada pada blog aku






Salah satu syarat untuk kita link kan blog dengan GoogleAdsense adalah, posting dalam blog perlulah kreatif dari idea sendiri. Tak dibenarkan copy dari mana-mana blog lain. 😄


Dulu masa mula-mula tulis blog, memang takda idea weh. Entah apa-apa jer cerita. Copy dari blog lain pun ada gak. Then lama-lama improve sendiri sebab biasakan diri baca blog dari blogger lain 😏



Lepas setel link-kan blog dengan Syarikat Pengiklanan, sure ke blog kita dah bole buat duit?


Belum tentu lagi guys! 😃


Bila kita dah link blog kita dengan iklan daripada Syarikat Pengiklanan Blog, belum tentu blog kita boleh buat duit okayy.


Kenapa eh? 😕


Sebab blog kita tiada viewer, tiada pembaca. Jika ada viewer baru iklan pada blog akan keluar. Jadi masa tu mungkin kita boleh jana pendapatan sebab ada orang view atau klik iklan dalam blog kita. So kalau takda viewer, kemungkinan iklan pada blog kita tak keluar. Kalau iklan tak keluar, bagaimana blog kita nak buat duit kan? 😊 


Apapun yang paling penting, kalau nak link kan blog korang dengan iklan dari Syarikat Pengiklanan Blog, blog mestila mempunyai:

  • Posting yang original dari idea sendiri (Jangan copy dari penulisan orang lain)
  • Viewer yang ramai (Singgah baca jer, tak follow pun 😜)
  • Pengikut / Follower


Ketiga-tiga yang diatas ini amatlah penting untuk kita jana pendapatan melalui blog. 


Artikel blog dari idea sendiri


Bab ni penting. Biarlah artikel blog kita tulis ni dari idea sendiri. Jangan asyik copy/paste je. Orang pun meluat nak baca, benda ciplak kan? 😁😂



Follower & Viewer


Kalau korang takda follower atau viewer yang nak baca blog korang, bagaimana iklan pada blog kita nak muncul? Bagaimana kita nak offer review atau iklan masuk dalam blog kan? Sesiapa pun tak yakin nak bayar kita. Betul? 😀



Jadi, apa yang perlu kita buat kalau blog kita tiada follower atau viewer/ pembaca? 



Maka, rajin-rajinla update / tulis blog. Nak tulis apa? Ikut pada tujuan blog masing-masing. Kalau korang suka memasak, korang boleh tulis resepi masakan pada blog. Kalau suka travel, boleh tulis blog pasal travel. Dan korang juga boleh selit posting isu semasa atau info yang berguna pada para viewer atau pembaca. InshaAllah ada la tu orang singgah baca nanti. 😎


Kalau takda juga?


Korang rajin-rajin la view dan follow blog orang lain. Dalam erti kata lain macam blogwalking-lah. Singgah dan follow back blog orang lain. Selain itu, korang rajin-rajin kan diri untuk promote link blog korang kat mana-mana sosial media, seperti Facebook dan sebagainya. 


Kalau hari-hari korang buat, inshaAllah akan meningkatkan viewer dan follower blog korang 😁


Aku sebagai partime blogger ni, alhamdulillah dah mula ada pendapatan dari blog.


Pernah sekali dapat cash out dari Nuffnang sebanyak RM50++. Tak ingat tahun bila haha. Lepas tu, aku dapat offer dari Traveloka untuk promote satu posting dorang masuk ke dalam blog dengan bayaran RM250 sekali post, pada tahun 2018. Then sejak tahun 2021 ni, dah dua kali dapat bayaran dari GoogleAdsense. Pendapatan yang diterima setakat ini dari GoogleAds adalah RM900+-


So, pada korang yang berminat nak jana pendapatan dengan blog. Korang follow je apa yang aku tulis dekat atas tu. Apapun yang penting kena rajin. Kalau tak rajin, maaflah aku tak dapat nak tolong hahahahhahaa 😂


Moga bermanfaat!

Adios,

8 Comments

  1. terima kasih sharing tips.. sy follow ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. TQ follow. Nanti saya follow back kalau belum follow :)

      Delete
  2. Adsense tu betul susah. dah dapat merasa payment haritu sekali. ni dah tukar domain, kena mohon adsense semula tp kena reject sbb dia tukar sistem baru dan kena tukar semua ikut syarat dia haha. saya follow ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? lepas tukar domain problem? belum alami lg huhu. nti share di blog, saya singgah TQ follow :D

      Delete
  3. Sangat bermanfaat, terima kasih info.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post