Salam guys, good day! 😁

Geran Khas Prihatin (GKP)

Aku rasa semua dah sedia maklum, yang bantuan GKP dah habis. Tiada lagi dah bantuan Geran Khas Prihatin dari Kerajaan kepada semua penerima GKP sebelum ini. 

Tapi korang jangan risaulah, bantuan GKP ni akan digantikan dengan BKM 2022 iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2022 pada semua yang layak.


Korang dah semak status atau kemaskini permohonan?

Kalau belum, korang boleh layari laman web berikut, https://bkm.hasil.gov.my/

Log masuk, guna ID & Kata Laluan sama seperti akaun GKP sebelum ni.

Yang nak buat permohonan baru pun boleh. Korang kena mohon sebelum 31 Januari 2022 yer 😀

Untuk yang pernah menerima bantuan GKP, kalau kita tengok pada syaratnya, semua penerima GKP sebelum ini layak menerima BKM 2022 secara automatik. Cuma, kalau sekarang dah bertukar status contohnya dari bujang kepada dah berkahwin dan lain-lain, korang kena kemaskini permohonan lah. Itu saja.

Cepat-cepat mohon guys, sebelum tarikh permohonan & kemaskini ditutup.😁

Okaylah, itu saja nak share.

Adios,

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post