Hey peminat kopi sekalian! 😏

Kalau korang ada disekitar Nilai atau Sepang, meh ni aku ada nak suggest kat korang satu kafe hipster untuk lepak minum² kopi sambil bergambar 😎

Hah, kat sini la tempatnya.

Kokalamo Kafe 😁




Unik eh, nama dia. Kokalamo. Actually, ada maksud disebalik nama kafe.

Koka = Kekal
Lamo = Lama

"Yang Koka-Lamo hanya kamu & kopi"


ehemm 😏

Tenang gila bila lepak kat kafe dorang ni. Maklumlah terletak di kawasan kampung. Santai je lepak² minum kopi panas sambil tengok orang lain hadap jem dekat tepi jalan besar sebelah kafe ni HAHAHAA 🤣


Kebetulan time aku sampai untuk pertama kalinya haritu dalam jam 6ptg. Lepak minum kopi santai² dekat luar kafe. Lepas tu tengokla ramai orang dok hadap jem nak ke bandar Nilai / Sepang. Nasib baik berangin, dok lepak² bawah pokok yang rendang ehemmm
☺️

Dalam hati aku, weh korang ni taknak singgah pekena kopi ker? 🤣

Seriously, aku suka deko kafe dorang. Simple & hipster. Kaki gambar dan penggemar kopi yang nak layan Tenang Ribut Jiwa korang, memang sesuai sangatlaahhh kalau nak lepak santai dekat sini 😎



Kokalamo Kafe ni terletak di Kampung Chelet, Nilai sempadan negeri Selangor & Negeri Sembilan. So kalau korang dari Sepang ke, Nilai ke memang dah tak jauh dah. Macam biasa, Google Maps aja Kokalama Kafe. Sure jumpa
😁

1st time aku dengan kawan aku sampai petang tu, kitorang just order latte jer. Tak makan sebab dah kenyang. Datang pun saja² nak layan kopi dekat sekitar Nilai / Sepang petang tu.



2x Latte Ais RM10 🥃
1x Latte Panas RM9 ☕

Kopi
mantap
🔥 Boleh repeat. Cuma Latte Panas, saiz cup dia kecik sikit laa, compare dengan McCafe atau ZUS Coffee.


Takpelah, janji sedap + puas hati ❤️

Menu lain takde ke?

Dont worry guys, menu lain banyak jer actually, macam² ada. Antaranya:

✅ Nasi Goreng Kokalamo RM10
✅ Maggi Goreng Daging Kokalamo RM8
✅ Creamy Beef Pepperoni Carbonara RM13
✅ Cheezy Wedges RM7

dan macam² lagi lah. Korang boleh rujuk gambar




Dari segi harga, bagi aku standard-lah untuk kedai² kopi hipster. Memang rata² macamtu harganya.

Selain minum kopi & makan², korang juga boleh bergambar dekat dalam dan sekitar kafe. Memang cun. Tapi kalau korang datang pada waktu malam, lagi cantik weh kalau nak bergambar. Serius! 😎



Kalau tak silap, Kokalamo pun ada jual baju bundle. Kalau tak silap la, sebab ada nampak dalam kafe haritu. So, kalau korang peminat bundle, boleh arr usha² baju dekat dalam kafe. 👚👖 Koleksi dia lawa ke tak, yang tu aku tak tahu. Nanti korang usha sendiri arr 🤣🤣

Waktu operasi?

Haa, kafe ni bukak lambat sikit. Jam 2ptg untuk weekend. Kalau hari biasa, lagi la lambat. Jam 4ptg baru bukak 🤣 Mesti ada reason kan, why dorang bukak lambat?

SELASA - JUMAAT: 4ptg - 12mlm
SABTU - AHAD: 2ptg - 12mlm
ISNIN: TUTUP

Nak datang, macam biasalah. Korang Google Maps je, memang senang gila nak jumpa. 🤟
Wajib datang sini tau ❤️

Okay guys, tu je nak share.

Adios,
ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post