Vornet 𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞


Guys, korang pernah try tak kopi dari Vornet? Dulu dorang ni buka gerai dekat Seksyen 30, Shah Alam tau. Masa PKP melanda dulu, memang dorang ada buka gerai dekat tepi jalan je. Orang kata, boleh take away jelah masa tu.

Kopi padu guys 🔥 Memang aku daa banyakali try. 


Tapi sayang, sekarang dorang dah tak buka gerai dekat Seksyen 30, Shah Alam dah. Dorang dah berpindah jauh ke Sabah pulak. 😅 
Jauh gilak. 😴😴

Owner kata, try grow bisnes kopi dekat kampung halaman pulak 😆 So, pada semua regular customer Vornet, korang dah tak dapatla nak merasa kopi dari gerai hipster ni. Sob sob 🥺

Sekarang dorang dah buka cafe kecil, area Tamparuli, Sabah. 🔥

Jauh weh. Aku nak singgah pun dah payah. Tahun bila agaknya dapat merasa lagi. 😅😅

So, pada peminat kopi yang stay area berdekatan dengan Tamparuli, Sabah. Korang boleh la try pulak kopi dari dorang ni. Sangat²lah sedap. Try sekali, sure nak lagi weh.

𝑺𝒆𝒓𝒊𝒖𝒔!

Dengar², sekarang dorang bukan ada jual kopi saja. Menu makan-makan macam 𝒘𝒓𝒂𝒑 𝒅𝒂𝒈𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒂𝒚𝒂𝒎 ada juga dijual. Yang ni, 𝐦𝐞𝐧𝐮 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐨𝐭 setakat ni dekat Vornet. Wajib try.


Yang lain, korang boleh arr usha-usha datang cafe dorang ni. 


𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢:

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 ~ 𝐀𝐡𝐚𝐝: 𝟏𝟎𝐩𝐠 - 𝟏𝟎𝐦𝐥𝐦
𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧: 𝐓𝐮𝐭𝐮𝐩

Kadang² siap ada live karaoke dekat cafe. Layan gaklaaa kan ehemm. Kalau nak lepak, aku suggest time petang atau malam..Berangin je dekat area cafe sambil pekena kopi padu sambil layan lagu-lagu tenang ribut jiwa ❤️

Nak datang?

Macam biasalah, korang just Google Map je "𝐕𝐨𝐫𝐧𝐞𝐭 𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐓𝐞𝐥𝐢𝐛𝐨𝐧𝐠" inshaAllah sure sampai ✌️

Okay arr, tu je nak share!

Adios,
ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post