Salam guys


Saja nak luah perasaan sikit, malam ni. Dah lama gila tak tulis macamni. Asyik review, camping, eBay, cara buat duit dsb 😅

Kali ni saja nak tulis sesuatu, buat diri aku dan mungkin buat orang lain yang sedang mengalami ujian. Err, sebelum meluah, aku nak bagitahu yang blog ASTraveller aku ni dah lama ditubuhkan. Sejak tahun bila entah, dah lebih 6 tahun dah kot rasanya. Alhamdulillah, sampai sekarang masih aktif. Bermakna, idea masih belum kering lagi untuk aku kongsi. Terima kasih pada semua yang sudi singgah baca blog yang tak seberapa ni HAHAHA 😂

Masuk tahun 2023 dah sekarangkan? Tahun demi tahun, kalau korang nak tahu, tahun 2023 ni lah ujian yang paling teruk buat aku selepas tahun 2013 dulu. Tahun 2013 dulu tu, aku pernah jatuh sakit teruk gila. Yang masa tu, aku ingat nyawa aku dah tak panjang. Tapi alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur sampai lah sekarang. Sekarang, ujian aku bukan saja pada sakit gatal-gatal (gegata) sejak sebelum puasa, sampaila sekarang. Terpaksa pantang makan, makanan yang aku paling suka macam ayam, telur buat sementara waktu ni memang kena pantang. Yang paling teruk rezeki pendapatan. Tahun ni lah tahun yang aku rasa macam nothing. Tiada hasil yang selama ni aku usahakan. 😅 Aku tak tahu, mungkin bisnes yang aku buat sekarang, tak sesuai dengan aku. Maksudnya, mungkin bukan rezeki aku bukan dekat sini,


Aku bisnes barang camping. Start pada tahun 2018 di Shah Alam. Masa Covid 19 melanda, aku terkandas dekat kampung dan lama-lama lepas Covid, aku terus stay kampung sebab dekat Shah Alam dah takda sapa. Takkan aku nak stay sorang-sorang pulak kan? Sebab kawan baik aku, sama-sama cari rezeki dulu dah stay kampung jugak dekat Sabah. Maybe masing-masing punya rezeki dekat kampung halaman. 😀

Sejak stay kampung, dah kurang client. Biasanya dulu dekat Shah Alam, ramai yang COD (Cash On Delivery). Dekat kampung? Ada, tapi kebanyakannya orang luar yang singgah datang sini nak COD. Kebetulan sebab tempat dorang nak camping tu dekat dengan aku. Kalau beli online ni, orang kurang percaya sikit. Siap ada yang kata aku scammer pun ada weh. Sabar jelah 😂

Sales makin lama, makin kurang. Website dan segala bagai semua aku kena bayar tiap-tiap bulan. Bayar jela sampai lah sekarang walaupun kadang-kadang tiada sales. Aku tambah pulak servis bayaran ansuran Atome & PayLater by Grab dekat web. Ada jugalah sales. Tapi paham-paham jelah, kalau ada servis tu duit kita tak dapat direct masa client beli barang. Aku kena tunggu seminggu. Tolak dengan kos servis Atome & PayLater lagi. Sakit juga nak rolling. Tu pun biasanya aku mintak tolong dengan adik aku dulu. HAHAHA. Struggle weh, struggle. Sampai la sekarang sales terus menurun sampai kadang-kadang aku nak bayar duit kereta pun sangkut-sangkut. Macam-macamlah. Then disebabkan ini, aku terpaksa stop sementara servis PayLater by Grab dan segala bagai. huhu

Tak tahu lah, sampai kadang-kadang aku malas dah nak monitor website tu. Kadang-kadang dah malas nak bayar website tu. Biar dia close sendiri.

Nasib baik lah kadang-kadang ada la sikit side income dekat eBay, blog, TikTok, Facebook dan lain-lain yang aku buat. Yang terbaru Youtube, alhamdulillah adalah sikit-sikit. Tapi biasalah semua ni makan masa bertahun. Aku nak kumpul subscriber 1k pun, semput. Bertahun-tahun weh AHAHA! 

Entahla weh. Tahun ni rasanya paling sakit aku nak tempuh. Rasa macam nothing. Sampai sekarang aku masih tak dapat nak bantu parent aku. Sedih weh sedih. 😓😢

Harapnya semua ujian ni ada hikmah disebaliknya, kan? Moga apa yang aku hajatkan, Allah akan makbulkan. InshaAllah 😊

Allah SWT pun ada cakap dalam Al-Quran, dalam surah Al-Insyirah, ayat 6 yang bermaksud;

Ø¥ِÙ†َّ Ù…َعَ الْعُسْرِ ÙŠُسْرًا
“Sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan”

Semoga pada semua yang sedang lalui ujian, akan dipermudahkan segala-segalanya. Aminnn

Okay laa, tu je nak luah. Thank you sudi baca 😅

Jangan lupa support aku guys!


Adios,

2 Comments

  1. All the best 😥 Semoga Setiap keperitan,kesusahan akan dibalas dengan kemudahan. Semoga rezeki mencurah bagai Air yg mngalir.. 🤲
    Aamin insyaAllah . You a very strong person,

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post