10~14 September 2023
Aku camping sini dengan member selama 5H4M. Serius memang tak puas guys, sebab tempat dia best. ❤️


Aku
camping berdua je. So sebelum booking, aku tanya dulu dekat onwer, campsite ada orang jaga tak time malam? Onwer cakap, dont worry ada orang jaga. Yep, memang ada orang jaga. So, takdala takut sangat. Lagipun situ ramai gak pekerja stay/keluar masuk untuk kerja-kerja pembinaan & kebun dekat-dekat situ.


KEMUDAHAN
Dari segi kemudahan, lengkap. Semua ada kecuali surau je takda
✅ Toilet / Shower
✅ Open shower
✅ Sinki / Paip air
✅ Plugpoint (+RM10)
✅ Lampu disekitar campsite
✅ Parking

So, senangla kan sebab semua ada. Cuma aku kureng sikit dengan toilet dia. Paip dalam toilet, dia guna jenis kepala paip yang pressure air dia tu kuat gila. Payah nak control 🤣 Then satu lagi, paip tertutup untuk ladies nak wudhu takda. So, yang ni jela payah sikit. Yang lain, semua okay 👍
HARGA TAPAK
Harga tapak 1 malam:
Tapak 1, 2, 3, & 4 (RM65/malam)
*View sungai
Tapak 5, 6, 7, 8, 9, 11~16 (RM55/malam)
Tapak 10 (RM110/malam)
* Saiz tapak besar gila tu sebab mahal
Malam kedua & seterusnya:
RM20/malam (untuk semua tapak)


Plugpoint +RM10. Kalau stay lama, contohnya 7hari ke, kena bayar plugpoint RM20
Untuk plugpoint, korang kena bawak extension yang panjang. Paling kurang pun 15~20meter. Sebab plugpoint akan ditarik dari center campsite yang ada toilet semua tu tadi.

Aku terpaksa caj dekat sini sebab bawak extension pendek huhu
TELCO
Aku pakai Celcom, setakat ni Celcom takda masalah sangat. Cuma kalau turun ke sungai, line kureng arr. Disekitar campsite, okay 👍 Untuk U-Mobile tak okay, sebab member aku pakai UMobile agak berkicap. Lain-lain telco tak sure 😅
JALAN MASUK CAMPSITE
Jalan nak masuk campsite okay je, semua kereta boleh masuk. Cuma dekat pintu masuk campsite, macam berbukit dan berbatu sikit. So kereta yang lowered, pandai-pandailah adjust 😌

SUNGAI
Nak view sungai, korang kena booking tapak no 1, 2 & 3. Tapi tapak dia bukan betul-betul tepi sungai tau, tapak campsite tinggi. So, hati-hati jela dekat tepi tu tinggi sikit nak ke sungai.
Sungai memang bersih dan jernih. Ikan pun banyak. Kitorang siap bagi ikan makan dengan roti lagi 🥰🥰 View takyah cakap, memang lawa gila ❤️❤️

SAMPAH
FYI sampah kena bawak balik eh. So, kalau korang nak buang sampah. Korang boleh keluar dari campsite, pergi ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak. Situ ada Rumah Sampah yang korang boleh buang.


KEDAI
Kalau nak gi kedai, keluar sikit je dari campsite. Kedai kampung banyak, dont worry 😬

Nak datang sini, macam biasa korang just Google Maps je, Uzeer Puteh Campsite sure sampai

Nak booking? Boleh wasap terus dekat nombor ni, wasap.my/601135723807

Okay guys, tu je aku nak share!

Untuk lebih menarik, korang boleh tonton video dibawah;


Adios,
ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post