𝗞𝗮𝗱 𝗔𝗧𝗠/𝗗𝗲𝗯𝗶𝘁 𝗠𝗮𝘆𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴? 


Baru² ni aku ada hilang kad ATM Maybank. Masalahnya aku tak perasan bila hilang dan dekat mana hilangnya kad aku tu. hmmm 🤔

Aku boleh perasan kad aku hilang, time aku nak guna Kad Debit untuk bayar online. Bila nak bayar tu, keluar notis yang kad aku tak boleh pakai. 

Aik, apasal tak boleh pakai? 😳

Aku try cek dekat aplikasi MAE, dekat bahagian kad debit tu, dia tulis "Temporary Blocked". Pelik jugak tiba² kena block kan? So aku cek la kad aku dalam wallet, memang dah takda weh. Hilang 😅

So confirm kad aku hilang, then maybe yang jumpa kad aku tu dia try kad aku dekat ATM, tapi tak berjaya. Maybe dah 3x masukkan PIN Number yang salah, so bank auto block laaa kad aku tu. Fuh selamat 🫣😅

𝗔𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁, 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗸𝗮𝗱 𝗔𝗧𝗠/𝗗𝗲𝗯𝗶𝘁 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴?

1. Korang pergi terus ke cawangan Maybank berdekatan, dan bagitahu pada staff kad bank hilang

2. Terus staff kata, buat kad baru. Dan bayaran yang dikenakan adalah RM8. Bayaran ni, dorang tolak duit dari baki akaun sedia ada. 😏 Aku ingatkan free  tadi 🤭

3. Staff akan bagi nombor giliran, tunggu lah sehingga dipanggil. 

4. Staff akan mintak kita IC, scan jari dengan masukkan PIN Number untuk kad baru. Dalam masa 20min, kad kita siap 👍

5. Dah siap tu, kad boleh terus guna. Masukkan PIN Number yang kita set dekat kaunter tadi.

6. FYI, kalau dah buat kad baru semua. Automatik online banking yang menggunakan kad lama, terbatal. Jadi kita kena register semula Maybank2u dan MAE (Untuk aktifkan Secure2u)


𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗕𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 (𝗠𝗕𝟮𝗨) & 𝗔𝗸𝘁𝗶𝗳𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗠𝗔𝗘


𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗠𝗮𝘆𝗯𝗮𝗻𝗸𝟮𝘂 (𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗕𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴)

1. Mula² korang kena register baru untuk online banking di Maybank2u. Create username & pasword baru. Pastikan username dengan pasword tak sama dengan yang sebelum ni.

2. Dah selesai register MB2u, kita kena aktifkan Secure2u pulak untuk online banking. Secure2u tu adalah TAC untuk buat apa² bayaran secara online. Bila tak aktifkan Secure2u, kita tak boleh guna online banking weh 😆

𝗔𝗸𝘁𝗶𝗳𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝘂𝗿𝗲𝟮𝘂

1. Aktifkan dengan device, iaitu linkkan MAE dengan smartphone kita.

2. Aktifkan Secure2u dengan Bank. Samada call bank atau aktifkan di mesin ATM.

Hari aku try call hotline Maybank, memang tak pernah dapat. So, cara alternatif untuk aktifkan Secure2u dengan bank adalah aktifkan dekat mesin ATM. So aku pegi ATM, then aktifkan Secure2u. Aktifkan Secure2u ni sekejap je guys. Tak sampai 5min pun, selesai!

So, bila dah daftar MB2u dan aktifkan Secure2u barulah kita boleh guna akaun Maybank kita untuk bayar online 🤭 Tapi sebelum tu, jangan lupa aktifkan Kad Debit korang untuk pembelian online di website MB2u, bahagian 𝗗𝗲𝗯𝗶𝘁 𝗖𝗮𝗿𝗱 𝗘-𝗖𝗼𝗺𝗺𝗲𝗿𝗰𝗲 𝗔𝗰𝘁𝗶𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 😉

Sekian 😁


Adios,

ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post