Nat Pokok Getah
Akhirnyaa sampai jugak aku dekat Nat Pokok Getah 🌳
Nat tu apa geng? Nat tu loghat Kedah/Perlis yang bermaksud, pasar sehari.
Kenapa dipanggil Nat Pokok Getah? Sebab pasar ni dia buka dalam kebun getah. Luas weh, nak pusing satu Nat Pokok Getah memang boleh kurus 🤣
Nat Pokok Getah ni dia akan buka pada hari tertentu ja. Jumaat & Ahad, start dari pukul 7.30pg~12tgh
Kalau ikutkan info yang member bagi, dorang buka tiap² hari Jumaat & Ahad sebab Jumaat, Kedah cuti. Then hari Ahad pulak, Perlis pulak cuti. So, dua² negeri ni dapat merasa la pergi ke Nat Pokok Getah yang kebetulan tapaknya memang terletak disempadan Kedah & Perlis 🗺️
Macam² barang yang ada jual dekat sini guys. Bundle, buah²an, sayur²an, ikan, barang antik, makan². Semua ada lahhh. Harga pun boleh tahan murah. Rambang mata dibuatnyaa 😂
Nak datang sini, korang Google Map jaa Nat Pokok Getah 📍 InshaAllah gerenti sampai
ASTraveller.com
Post a Comment