Panorama Hillstay Napoh Khamis lepas, kitorang stay sini semalam. Saja nak rasa cuti² kat sini nak layan view atas bukit. Dekat sini, kitorang stay dekat Teratak Tok Gajah. Untuk teratak ni, semalam RM150. Kalau rasa nak camping, glamping pun boleh weh. Tapi, kalau camping tu maybe agak payah sikit kalau nak bawak barang banyak² naik atas. Sebab kalau nak naik, kena naik dengan 4x4. Nak drive sendiri naik atas? Yang ni aku tak sure. Rasanya kalau myvi aku, drive naik atas macam tak lepas 🤣 Apapun korang kena tanya owner dulu, boleh ke drive sampai atas. Fasiliti dekat atas ni, lengkap dengan surau, toilet, cafe. Tapi, kalau cafe tu diorang akan buka pada hari Jumaat dengan Sabtu je. Hari lain, tutup. So, macam kitorang haritu stay hari khamis. Nak makan, kena bawak makanan siap² naik atas atau keluar makan dekat restoran terdekat. Nak keluar dari situ, kena naik 4x4 jugaklah. Bayaran dikenakan kalau bukan waktu check-in/out. RM2/trip. Panorama Hillstay. Tempat nice, berangin. Boleh layan view atas bukit. Kalau ada rezeki, boleh layan sunset. Memang superb 🔥 Dekat atas ni, ada jugak kolam renang. So, kalau saja² nak jalan tanpa bermalam pun boleh geng. Mandi kolam, layan sunset lepas tu balik. 🤭 Panorama Hillstay ni terletak di Napoh. Napoh adalah bandar kecil diantara Changlun dan Jitra. So, kalau nak datang sini korang just Google Map je Panorama Hillstay Napoh. InshaAllah gerenti sampai. Teringin nak cuti² dekat sini? Korang boleh wasap.my/60125055757

Adios, ASTraveller

Post a Comment

Previous Post Next Post