Langgar kambing di Kampung Tepus, Parit Perak Kejadian berlaku pada 12/7/2026 dalam jam 4petang. Aku terlanggar kambing yang tiba² keluar dari simpang rumah. Memang tak sempat nak elak. Dah break pun, melambung jugak kambing tu. Mula² aku risaukan kambing, takut mati ke apa. Dalam lepas beberapa minit, baru aku ingat nak tengok bumper. Dalam hati cakap, aduh mesti teruk. Sebab aku tengok dekat cermin belakang, air banyak gila keluar. Mati kan enjin, dan tengok. Memang teruk 😅 Tu baru drive dalam 50-60km/j Kambing selamat, tak sempat nak amik gambar dia dah lari. Tiba2 ada sorang ni keluar dari simpang. Ingatkan tuan kambing. Rupanya bukan. Dia owner rumah yang tumpangkan kereta aku dekat halaman rumah dia. Terima kasih banyak² Tuan rumah tu suruh aku masuk laman rumah dia sambil aku tunggu ayah dengan adik aku sampai. Adalah dalam 40km jarak dari Kg. Tepus Parit ke Kuala Kangsar. Jauh lagi 😅 Ayah dengan adik sampai dalam jam 6petang. Hampir 2jam jugak menunggu. Sementara menunggu, tuan rumah panggilkan pomen untuk tengok² kan kereta. Memang dia kata penutup radiator pecah. So memang tak boleh jalan kereta. Nak beli radiator pun, kedai semua tutup sebab ahad lagipun dah lewat petang.. Nak report polis ke apa memang tak dah. Sebab penat. Sampai rumah pun dah dekat maghrib. Apapun tunggu esoklaa, nak report polis atau cari tuan kambing. Day 2 Plan nak cari tuan kambing sebelum jam 4ptg, taknak kerjasama kita report polis. Report kan valid dalam masa 24jam kan. Gerak sana pun lambat jugak, nak setel apa patut. Sebelum zuhur gerak, then sampai sana dalam jam 2pm+ gak laaa. Sampai ja, adik uruskan kereta untuk keluarkan radiator semua. Aku dengan mak try cari tuan kambing, dan singgah zuhur dekat masjid terdekat. Tanya punya tanya, akhirnya jumpa jugak rumah tuan kambing. Sampai ja, memang terus nampak kambing. Ahhhh, sebijik macam kambing aku langgar semalam. Borak punya borak, memang gaya taknak mengaku kambing dia. Padahal memang sah kambing dia sebab ada penduduk kampung bagitahu, dia ja yang bela kambing dekat kampung tu. Dalam hati nak claim, tapi tengok keadaan rumah dan tuan kambing yang tua (uzur) tak sampai hati pulak. Nak report pun, dashcam aku tarikh dan masa salah set. 😅 Nasib baik adik aku pomen, dia boleh repair radiator. Day 3 Tak pegi tengok kereta, just hantar besi yang bengkok untuk ketuk. Kos RM60 Day 4 Gam radiator dan buat test pertama dengan air panas, berjaya. Alhamdulillah Lepas Zuhur terus gerak, sampai dalam 3petang+ dan setel semua dalam jam 7ptg. Alhamdulillah, test radiator semua okay. Kereta dah boleh bawak balik. Tak payah towing. Jimat RM400 untuk jarak 40km 🥰 Total kos setakat ni. Ketuk RM40 Gam radiator RM40 Pomen RM100+- Barang Order On The Way; Headlamp RM250+- Bumper (tanpa cat) RM290+- Next; Plat Number (Pecah) Dalam kes ni aku tak buat report polis, sebab dashcam salah set tarikh dan masa. Rakaman dalam dashcam tu memang ada, alhamdulillah. Tapi tulah, tarikh dengan masa video dalam rakaman dashcam, salah set haha Dalam kes ni, aku jugak gagal claim pada owner kambing, sebab pertama dia tak mengaku tu kambing dia. Sebab kedua, owner tu nampak uzur dan keadaan rumah dia agak dhaif. Jadi aku kesian, dan ini mungkin ujian untuk aku sendiri. Jika ikutkan undang-undang, memang salah owner. Ada Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336), pemilik membiarkan mana-mana haiwan seperti kuda, lembu, kambing atau babi berkeliaran dijalan awam tanpa bertulis boleh dikenakan denda. Kalau benda ni berlaku pada korang, then nak buat report. Sila pastikan bukti lengkap seperti, ✅ Dashcam (Tarikh/Masa yang betul) ✅ Gambar lokasi & kereta ✅ Gambar kereta & kambing ✅ Gambar kambing siap dengan tag kambing kalau ada ✅ Saksi penduduk setempat ✅ Kalau boleh, cari rumah owner kambing Sila buat laporan polis dalam masa 24jam dari tarikh & masa kejadian.


Adios,
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post