Assalam, hai!

Jumaat lepas, sebelum job 22hb Jan hari tu, aku dengan kawan lepak dekat Restoran Kimia. Errr, Chemistry Cafe Lab. Teringin sangat nak makan dan nak tengok keunikannyer. 1st time kan, ada restoran berkonsep makmal mcmni..

Jom masuk!






Tu dia, masuk dalam memang sangat unik. Makmal concept. Terbaikla jugak. Tapi time aku pegi, tak ramai, sebab mungkin orang tengah solat jumaat. Pukul 1.30ptg kan? Cuma ada group 3orang lelaki lepak minum-minum. hurmm hahaha! 

Jom intai menu,



Harga memang boleh tahan mahal, ala-ala Starbuck/Old Town White Coffee. So kitorang decide order;

1x Beef Lasagna RM12.50 kecik molek jer
1x Classic Choc RM10
1x Mocha Caramel RM14

Total: RM36.50. Tu dia, order 3 benda je pun dah cecah RM36 :p Mahal kan? Tapi nextime nak try menu lain pulak. :D 




Lasagna dia comel jer. Sedaplaa, not bad. Air dia, manis giler. Siap aku tambah air mineral pon, tetap manis giler. Dah siap makan-makan semua, aku singgah dia punye toilet. Bersih.. Tapi satu je, air kecik. Then time nak basuh tangan dekat dalam, air dah takde hahaha. Nasib baik dah setel. 

Toilet dia memang air dia macam tu ke, atau time aku datang haritu je macamtu? 


Sebelum keluar pun, aku sempat snap-snap lagi. Sebab menarik. Restoran selesa, cantik.... WiFi pun ada. 




So pada siapa yang teringin nak makan sini, korang boleh #waze alamat kat bawah ni;

Chemistry Cafe Lab
Alamat: 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Phone:+60 17-626 2797

Waktu Operasi: 

Isnin 12PM–1AM
Selasa 12PM–1AM
Rabu 12PM–1AM
Khamis 12PM–1AM
Jumaat 3PM–1AM
Sabtu 10AM–2AM
Ahad 10AM–2AM

Hari-hari bukak, so dont worry! ;)

Okla Bai,
AkuSeorangTraveler

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post