Salam semua,

Semalam lepak jumpa kawan dekat Shah Alam, jalan-jalan cari makan jugak untuk #dinner malam semalam. #Lapar

So singgah satu Restoran. Ada jugak penjual yang selit jual otak-otak sambil orang kata, sementara menunggu makanan sampai.

Nah, diletakkannyer atas meja. Sape tak terliurkan :p



#kreatif betul dalam bisnes. At least, makan jugak walau satu kan? Dah lama tak makan otak-otak, so aku tanya dekat penjual tu, "berapa satu?". Dia kata, RM1. 

Waaa, dah naik harga. Seingat aku, 2 tahun lepas stay Shah Alam. Selalu jugak beli otak-otak ni. Harga just RM0.60 jer. Baru 2 tahun tak makan dah naik sampai RM1 :p Termakan la jugak 3 batang otak-otak. #Sedap


Saiz masih sama. Mana la tahu kot lagi kecik kan? :p Jom kiter close up isi dia pulak.. 



Phewwww memang sedap :p Kalau ikutkan hati nak makan banyak. Tapi pikir harga dia RM1 dan nak makan nasi pulak lepas ni. Makan satu pun jadi lah, kawan bedal 2 hahaa..

Saper yang tak pernah makan otak-otak ni, korang cubala. Memang sedap. Dulu aku pun tak pernah makan otak-otak. Tapi bila dah try. Nak lagi nak lagi. ahahhaah!

Yang aku makan semalam ni, tak tahu isi ape. Mungkin udang kot. Sebab kalau baca info otak-otak ni, orang buat otak-otak ni guna bahan macam-macam. Bukan udang je. Ikan/sotong semua ada. Meh baca info aku cedok dari WikiPedia

Otak-Otak
Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu,Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.
Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.

Kandungan

Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais.
Sungguhpun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

Pelbagai menurut daerah

Terdapat pelbagai jenis otak-otak yang terdapat di daerah berlainan. Otak-otak nyonya, berasal dari Peranakan, terdapat di negeri utara Malaysia, Pulau Pinang, dikukus dalam daun pandan. Bagaimanapun, otak-otak di sebelah pantai timur dan selatan Malaysia dan di Singapura di balut sebagai kepingan kecil dalam daun kelapa atau pisang dan dipanggang (versi Singapura biasanya dipanggang dalam daun pandan). Ia menghasilkan otak-otak yang lebih kuning bata, lebih kering dengan bau asap ikan. Variti otak-otak berlainan wujud, termasuk versi bewarna putih, tanpa berempah.
Sungguhpun secara tradisi otak-otak dihasilkan menggunakan isi ikan, versi moden turut menggunakan isi ketam dan udang. Selain itu, versi moden turut menggunakan isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan bahan tambahan seperti tepong kanji yang menjadikan isinya bergetah.
Jenis lain otak-otak termasuk hidangan yang dikenali sebagai pais ikan dan satar yang dihasilkan dari pasta ikan yang dimasak dalam bungkusan daun pisang.

OkBai,
AkuSeorangTraveler

9 Comments

  1. RM1 dah? giler mahai.. dulu 60sen je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn huhu. nasib baik rasa dia xberubah. sedap :p

      Delete
  2. otak - otak sekarang dah mahal. hahaha. tapi mahal2 pun kalau dah letak atas meja dok ngadap sembang lelama, habis jugak. melayang. XD

    ReplyDelete
  3. Sedap.. saya suka makan otak-otak ini..
    Makan macam tu je memang best..
    Sekarang ada yang moden.. Dibalut dengan kulit popia.. pun sedap juga..
    Just goreng je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade yg segera ek. sedap dia mcm mkn otak2 ori ke? :p

      Delete
  4. shah alam tu kat kedai mane tu otak2 tu jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xsilap. nama kedai restoran abe tomyam.. dkt2 dgn restoran amin thai.tp dia belah tepi..

      Delete
  5. Saya part time jual otak otak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post