Assalam,

Petang ni saje nak share pasal dunia hiking.

Aku terlibat dalam dunia hiking ni, secara unofficial, pada tahun 2010, hiking Bukit Tabur. Itu pun secara tak sengaja. Lepas tu stop.

Then, pada tahun 2014 aku aktif.

Boring kadang takde buat apa, so aku ter follow member masuk hutan. Saje nak try dan isi masa lapang.

Bukit Saga/Apek, Cheras adalah tempat pertama aku hiking.


Baru 1st time kan, ikut mana yg mudah je.

Lepas hiking Saga tu, terjebak dah. Rasa nak hiking lagi. Tempat kedua, terus ke gunung. Kengkawan racun naik Gunung Angsi hahaa!

Dan seterusnya... Dah macam ketagih pulakk hahaa!

Alhamdulillah semuanya selamat.

Apepun, kalau korang dah terjebak dalam dunia hiking.

Yg pertamanya;

korang mesti selalu nak pegi kedai-kedai outdoor, sebab nak beli barang-barang hiking.

Giler tengok bag hahaa!

Argghh, keluar duit lagi. Hahhaa..

Biasala masuk hutan, kelengkapan memang penting. Takkan kita nak pinjam orang lain punya barang kan? Sampai bila? :p Barang hiking ni, walau kecik kekadang boleh tahan mahal. So bersiap sediala dengan duit. Tapi kalau pandai cari, contohnya kalau nak beli seluar hiking, windbraker, bag atau kasut, bundle punya ada. Berlambak orang jual kat fb.

Antaranya korang boleh terjah sini,


Nak rambang mata lagi, korang boleh ke sini,


Keduanya;

Korang mesti nak ada group hiking. Orang kata, hiking dengan kengkawan yang dah biasa hiking lebih mudah dari hiking dengan orang yg kita tak kenal. So dari sini tertubuhlah group-group hiking.

Selama mana boleh bertahan?

Bergantung pada kita punya aktiviti, ahli antara group ngam ke tak dsb


Ketiga;

Kalau korang ada join hiking dengan mana-mana group lain, korang mesti jumpa macam-macam peel orang. Antaranya:

Ade jenis yang bila dah masuk hutan, tak ingat kawan. Di tinggalkan nye yg slow-slow tu kat belakang. Nak naik puncak cepat la kata kan. Lagi laju, lagi bagus. Boleh glamer! hahaa. Jenis ni, elakkan la masuk hutan dengan dia. Penting diri sendiri :p

Ade yg jenis tunggu, walau lambat mana pun kita. Tunggu la sampai naik puncak, walau sebenarnya dia boleh pegi laju. Jenis ni bagus, boleh hiking la selalu dengan orang macamni, sebab kita rasa selamat sikit. Al-maklumla masuk hutan, macam-macam boleh berlaku.


So dari sini la kita boleh kenal, mana kawan mana yang tak boleh jadi kawan. huhu

Keempat,

Korang mesti akan dengar term-term baru budak outdoor biasa guna. Contohnya pewai. Dulu masa mula-mula hiking, tak tau gak pewai tu apa. Bila dah join hiking ni barula tau perkataan ni haha. 

Kelima,

Contoh kalau kita naik gunung yang hardcore,  dah lama hiking tak sampai-sampai puncak. Mesti timbul perasaan menyesal. Menyesal masuk hutan, mental weii, baik tengok tv, tido kat umah hahaa.. Lagi best. 

Muka mental ahhaa

Tapi bila dah sampai puncak, tengok keindahan alam yang Allah ciptakan. Mesti hilang dah rasa menyesal tadi tu, timbul la pulak rasa ketagih dalam diri, nak naik gunung apa pulak lepas ni :P

Nampak x happy nye tu kalau dapat naik puncak

Dan banyak lagi lah yang korang akan rasa :)

Apepun, hiking adalah satu aktiviti yang seronok. Kalau kita dapat kawan yg sekepala, naik puncak susah senang sama-sama, mesti best. Kenangan indah tu. 

Dalam masa yang sama, kenangan pahit tetap ada. huhu. Selain seronok, kalau nak sihat tubuh badan, hiking lah :p Nak kurus cepat pun, pegi la hiking. Takyah dok makan pil kurus. Menipu je semua tu hahaa

Aku, dah lama tak hiking sebab masa. Busy dengan keje. Tak tau bila lagi nak hiking. Semput hahaa! *Dunia ketagih dah berlalu. Cuma maybe plan pegi travel jerla.. Penuhkan entry dalam blog.

Apapun selamat berhiking pada semua yg tengah ketagih hiking :p

Adios,
ASTraveller 2017

11 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post