Facebook Verification Badge

Saturday, May 25, 2019

Salam hi.

Hari ini aku nak share sikit pasal verified badge di facebook page. Almaklum lah, aku dah berjaya verify 4 page di facebook.

Antaranya:

Lubuk Buku Malaysia
Kedai Online Murah
Julfy Bundle
JT Outddor

Verified Page

Korang tau apa itu Facebook Verification Badge dan bagaimana nak dapatkannya?

Penting ke nak verify page pada facebook kita?

Cuba kita tengok simbol ☑ pada gambar dibawah,


Salah satu contoh page aku yang dah dapat verified badge
Inilah dia Facebook Verification Badge / Verified Badge. Tak semua page ada badge ini kan? So kalau nak badge ni, kita kena verify page kita dulu ikut langkah yang telah ditetapkan oleh Facebook.

Facebook Verification Badge ni ada dua warna, samada Grey atau Blue.

Blue Badge: Untuk Public Figure
Grey Badge: Untuk Business

Bermakna, 2 kategori page ini sahaja yang boleh dapatkan verified badge. Kategori lain, memang takderlah yer :)

So, bila adanya Facebook Verification Badge di page, orang akan lebih yakin dengan page kita. So, badge ni agak penting jugakla untuk orang lebih yakin terutamanya untuk Business Page.

Bagaimana nak verify?

Ada 2 cara sebenarnya;

(1) Verify dengan cara masukkan phone number
(2) Verify dengan cara menghantar beberapa document kepada facebook

Tapi aku lebih prefer dengan cara (1) sebab ianya lebih mudah dan cepat.

So, follow step seperti berikut;

1. Open Page di Facebook
2. Klik Setting
3. Klik General
4. Klik Page Verification (Edit)


5. Klik Verify This Page dan klik Get Started


Dan selepas itu, akan keluar Pop-Up seperti dibawah,


6. Masukkan nombor telefon (+601xxxxxxxxx) dan pilih Country (Malaysia)

7. Kemudian klik Call Me Now

Tunggu jer panggilan dari Facebook. Jangan risau, anda hanya perlu mendengar operator beritahu 4 digit nombor Verification Code

8. Kemudian masukkan 4 digit Verification Code yang diberi tadi dan klik Continue

9. Selesai. Dalam beberapa saat korang dah boleh tengok badge tu pada page!

Selamat mencuba!

Nota kaki: Kalau cara pertama tak boleh, korang terpaksala apply cara kedua iaitu dengan cara menghantar beberapa dokumen pada facebook dan tunggu facebook approve! :D

Adios,
ASTraveller2019

4 comments

  1. nice info. Mantap berjaya pada 4 page facebook. Gimana bagi waktunya ?

    ReplyDelete
  2. Oh macam ini toh cara mendapatkan verification page di FB. Thanks ya.. udah sharing.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.