Tiada Tetapan Page Verification Pada General Setting?

Thursday, May 30, 2019

Assalam hi.

Sebelum ni aku ada share cara-cara nak dapatkan Verified Badge di facebook.

Dan posting kali ni, aku nak share bagaimana nak verify page tapi tetapan Page Verification (Verify This Page) tu tiada pada setting.


Sesetengah page, bila kita nak verify memang terus ada tetapan Page Verification pada General Setting dan terus boleh verify. Tapi ada sesetengah page, tetapan Page Verification tu memang tiada pada setting.

It's missing!

Kenapa yer?

Sebabnya adalah bergantung pada Category page yang kita dah set kan sebelum ini. Mungkin kita dah set pada kategori yang tiada related dengan bisnes.

Bagaimana cara nak buat?

OK. Kalau nak verify, mestilah kena ada tetapan Page Verification pada setting. Kalau tiada, memang tak boleh nak verify lah.

So, cara nak adakan semula tetapan Page Verification (Verify This Page) pada setting page, korang kena follow langkah berikut;

1. Klik About pada Page dan Klik pada Edit Page Info

2. Klik pada Category


3. Cari kategori yang sesuai dengan page. (Kategori yang related dengan bisnes)

Contoh, sebelum ni aku set kan category untuk page Julfy Bundle adalah kepada Clothing (brand). Mungkin ianya tak sesuai, dan aku tukar category kepada Local Business/Apparel & Clothing atau category yang similar atau related dengan bisnes. Try set, dan alhamdulillah berjaya.

4. Bila dah tukar kepada kategori yang sesuai, korang klik Save.

Lepas tu korang terus ke Page Setting, Klik pada General dan cari tetapan Page Verification (Verify This Page)

Dah muncul ke belum tetapan Verify This Page tu?

Kalau dah muncul, bermakna korang dah set page korang pada kategori yang sesuai. Kalau tetapan Page Verification (Verify This Page) masih tak muncul-muncul bermakna, kategori yang korang set kan tu masih tak sesuai, dan perlu ditukar sehingga muncul tetapan Page Verification pada setting.

Tips: 

Grey Badge, Kategori mesti lah ada kaitan dengan bisnes atau Local Business dsb. 
Blue Badge, Kategori mestilah ada kaitan dengan public figure dsb.

Rujuk posting ini https://www.astraveller.com/2019/05/facebook-verification-badge.html untuk dapatkan Verified Badge pada page korang :)

Sekian!

Adios,
ASTraveler2019

4 comments

  1. Terima kasih saya jadi mengerti ☺😊
    Sebelumnya cm bingung bingung aja soalnya sblum nya page verify nya tak muncul terus

    ReplyDelete
  2. Page verify-nya sekarang agak susah-susah gampang. Biasanya langsung telfon, sekarang telfonnya lama, mungkin mesti pakai dokumen biar lebih mudah.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.