Planet Burger Jalan Kebun, Shah Alam

Monday, August 5, 2019

Assalam.

Lapar punyer pasal tadi, aku gigih mencari burger yang sedap area berdekatan dengan rumah aku. Bukan keluar mencari, tapi search jer dekat FB atau di Google Search via Smartphone korang. Pasti ada jawapannya!

Semua dihujung jari kan?

Bila search tu aku terjumpa 1 post, orang share kata Planet Burger area Jalan Kebun ni sedap.

Tengok-tengok jugak review, ramai kata sedap.

So apa lagi, aku pun on jelah terus ke sana.

Tadaaaaa,


Dah sampai.

Dalam 15 minit jer dari rumah aku :p

Bila time nak order tu, aku jadi rambang mata. Banyak betul menu dia. Keliling restoran wei haha.


Actually, Planet Burger ni bukan sebuah gerai tapi sebuah restoran ala-ala hipster.

Macam Burger King lah konon, but nice la kalau dalam kampung :)

Antara separuh menu yang ada,


Benda dah banyak, so jadi rambang mata. Last-last aku decide order;

1x Volcano Chicken Burger RM7.50
2x Cheesy Beef Burger RM7
1x A&W Float RM5 (Mug Besar)

Total: RM26.50

Not bad la kan dia punya harga.

Tukang masak dia pulak semua perempuan.


Berbaloi ke bila dah buka dan rasa?

Tadaaaa,

Volcano sedia untuk dibuka!


Fuh!

Tu dia, ketebalan dagingnya.


Tebalkan?

Kalau tak silap, ni daging bikin sendiri dari Planet Burger.

Kekadang makanan ni rupa jer cantik & menarik.

Tapi, rasa kurang sedap.

Planet Burger ni, rasa dia memang terbaik.

Sedap! Nasib baiklah wei, kalau tak rugi jer duit. hahaha

Rasa kombinasi yang agak menarik. Volcano Burger yang aku order ni, rupanya dalam dia ada nenas. Tapi aku xprefer sangat nenas tu. Tanpa nenas pun takpe kot tapi mesti digantikan nenas tu kepada chesee yang meleleh. Mungkin lebih menarik? haha

Lain orang lainlah tekaknya kan :p

Cheese Burger daging pun aku dah try rasa, not bad sedap walaupun pada hakikatnya aku tak suka beef.

Sos dia jangan cakaplah, meleleh habis hehe.

Apapun memang boleh repeat lagi, nak try menu lain.

Korang nak try rasa?

Boleh terjah la Planet Burger area Shah Alam ni. Satu di Jalan Kebun Shah Alam, satu lagi di Kota Kemuning.

Korang boleh waze "Planet Burger Shah Alam"

atau

boleh singgah page diorang "Planet Burgers Bakar"

Adios,
ASTraveller2019

9 comments

  1. Halo kakak, blogger Indonesia datang...

    Boleh dicoba lah kalau nanti sedang main ke Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Sedap dan yummy nih... nice info

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing, semoga sukses terus,.

    ReplyDelete
  4. burger dalamnya ada nanas, pasti segar dimakan, ye kan? n__n

    ReplyDelete
  5. Aku pertama makan burger gak suka karena memang nyoba di fastfood gitu. Suatu hari dapat voucher makan burger di sebuah hotel. Enak banget.

    Yang kakak review di sini juga terlihat delicious. Sayang perutku sudah mulai gemuk. Jadi harus kurangi makan fastfood.

    Salam kenal dari blogger indonesia, kak!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.