Ayam Goreng Mcd Extra Spicy

Tuesday, August 27, 2019

Haluuu,

Dah lama rasanya tak update.

#busy

Ayam Goreng McD Extra Pedas, korang dah pernah try ker?


Aku yang kaki pedas, wajib try dan aku memang dah try dah pun :p

Fuh! Memang superb pedas.

McD dah siap warning tu, "Eat At Your Own Risk". Sakit perut, berak-berak ke aper. tanggung sendiri. Korang tak boleh claim dengan McD tau!

Aku dah try dua kali.

Pertama kali makan, lepas setengah jam perut rasa panas-panas. Lepas tu, melabur. huhu. 2-3kali jugak la.. Sampai malam la, terasa perut panas-panas.

Second time try, pun sama jugak simptom pedas tu masih sama. huhu

So, ternyatalah memang pedas. Aku ingatkan mindset aku je yang set rasanya pedas. Rupanya memang pedas.

Ada sekali, time makan ayam tu sampai terkeluar air mata. hahaha. Bukan menangis, tapi sebab pedas sangat kot, ditambah pulak ayam nya yang panas.

Fuh, lagi menyengat hahaha

Mehh arrr, kasi close up sikit ayam goreng yang pedas gila tu.

Tadaaa,


Merah je nampak color ayam goreng dia,


Kerangupan ayam tak payah sembang lah, memang rangup.


Korang tengok rupa dia, memang nampak pedas kan?

So aku suggest yang tak kuat makan pedas tu, tak payahlah gatal nak try. Aku yang kuat pedas ni pun, masuk toilet 2-3 kali.

Tapi, kalau korang nak try juga tak salah. Try je. Apa-apa tanggung sendiri!

Oppss, tapi kan kalau ada yang takut nak try extra pedas ni. Korang jangan risau, versi biasa masih available. Cuma option je kalau nak extra pedas tu.

Overall bagi aku, yang extra pedas ni memang sedap. Puas makan. Tapi tak boleh makan selalu lah. Entah apa diorang letak, sampai panas perut dibuatnya uhuh

Sekian.

Adios,
ASTraveller2019

3 comments

  1. Pagi... Aku suka ayam goreng, tapi kalau terlalu pedas lambung suka gak kuat... Magh.. Kalau dulu masih kuat kalau sekarang sudah tak kuat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pedas gila ni. saya yang suka pedas pun tak boleh tahan haha

      Delete
  2. duhhh..mantaff nihhh ayam goyeng nyaa....hhheee

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.