Warung Imam Muda Jalan Kebun Shah Alam

Tuesday, January 14, 2020

Assalam.

Jom kita jalan-jalan cari makan tempat sedap lagi!

Warung Imam Muda
Kali ni kitorang terjah makan dekat Warung Imam Muda, Jalan Kebun Shah Alam. Ramai orang cakap, makanan dia sedap-sedap belaka. Johorian Style lagi. So orang-orang Johor wajib terjah sini lah kot kan kalau dah terlajak ke Jalan Kebun Shah Alam 😁

Jomlah try!

Parking Space

Kalau dah namanya ramai orang, korang kena paham-paham la, parking space terhad. Tapi nasib baik restoran ni dalam kampung, boleh la kot selit parking depan rumah orang.

Tumpang kejap!


Suasana restoran, just nice dan dialuni dengan ayat-ayat suci Al-Quran oleh tuan kedai. Alhamdulillah.



Tapi kekadang, tempat duduk nak makan tu penuh. So terpaksa la tunggu giliran sekejap untuk duduk. huhu. Nasib baik aku datang haritu, ada lagi tempat kosong.

Jom order!

First time try haritu, aku order:

 Bubur Ayam Samudera 10
 Soto 7

Harga tak pasti, sebab main bayar je haritu 😅 

Tadaaaa,

Bubur Ayam Samudera


Nampak sedap kan? Memang sedap pun!

Soto


Soto ni pulak, bagi aku biasa-biasa je. Setiap mangkuk, mesti akan ada kaki ayam. So kepada yang tak suka makan kaki ayam macam aku, sila request 'TAKNAK KAKI" time order soto ye hahha

Bagi aku, Bubur Ayam Samudera diorang memang padu. Kalau boleh nak repeat lagi. Tapi aku dah try pegi sekali lagi, nak makan bubur ayam, sayangnya habis. 

Kalau nak try bubur kena datang awal sebab bubur adalah antara menu yang habis awal. Kalau lambat, melepas la haha Soto ayam dia pun not bad. Korang juga wajib try. Servis laju walau ramai orang.

Actually banyak lagi menu lain yang penduduk setempat kata sedap. Antaranya Nasi Lemak Ayam, Kambing Bakar, Nasi Ayam Penyet dsb. 

Tapi untuk menu-menu lain nextime jela kita try lagi. Banyak lagi menu-menu sedap yang orang cakap-cakap. Antaranya, Kambing Bakar.. 

Wuuu, nextime boleh la try!

Kalau nak datang korang boleh Waze/Google Maps, atau ikut alamat dekat bawah ni:

Warung Imam Muda
Jalan Haji Hussin,
Kampung Jalan Kebun, 40460
Shah Alam, Selangor

No Phone: 
019-6909676

Waktu Operasi:
Masa: 7.30pg - 3ptg
Jumaat tutup ye!

Adios,
ASTraveller2020

2 comments

  1. Nice review. Sepertinya ini warung makan Islami. Semoga selalu berkah, termasuk blog ini juga. Thx

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.