Assalam guys
Pernah dengar Ebay?
Ebay adalah platform e-commerce antarabangsa. Siapa nak merasa jual barang hingga ke luar negara, boleh lah cuba menjual di Ebay.
Aku adalah salah seorang seller yang menjual di Ebay. Alhamdulillah telah berjaya menjual 3 barang di ebay.
Pernah dengar Ebay?
Ebay adalah platform e-commerce antarabangsa. Siapa nak merasa jual barang hingga ke luar negara, boleh lah cuba menjual di Ebay.
Aku adalah salah seorang seller yang menjual di Ebay. Alhamdulillah telah berjaya menjual 3 barang di ebay.
Dan lepas tu, ada juga yang bertanya, bagaimana nak menjual barang di Ebay. Tolong ajar?
Alamakkkkk 😂
Actually, aku tidaklah pandai dalam semua selok-belok di Ebay. Bagaimana nak naikkan sale di Ebay dengan laju. Bagaimana nak cecahkan jual sehingga ribuan ringgit dalam sebulan? Aku tak pandai wei, sebab aku bukan cikgu ebay.
Bukan level aku lagi haha
Di Ebay ni, aku cuma menjual jer. Ikut rezeki, ada buyer terus pos. Tu jerlah haha
So buat masa ini, tak dapatlah nak share sedalam-dalamnya pasal ebay. Aku hanya boleh share secara asas dulu bagaimana nak start menjual di ebay.
Jual barang ebay, bagaimana nak mula?
Kalau nak menjual barang di ebay, korang kena ada 2 benda ni;
1) Akaun Ebay
2) Akaun Paypal
Apa itu Paypal?
Paypal ni adalah sistem yang membolehkan kita membuat pemindahan wang / pembayaran secara online samada local atau antarabangsa. Tak perlu ke Bank / ATM / CDM untuk buat pembayaran ke luar negara 😍
So, kalau nak buat jualan atau pembelian dari luar negara, bayaran boleh terus buat melalui paypal. Thats why, paypal sangatlah penting untuk membuat sebarang transaksi antarabangsa.
Kebanyakan ecommerce antarabangsa hari ini, ada menyediakan servis Paypal untuk sebarang transaksi. Salah satunya adalah ebay, semua transaksi adalah melalui Paypal.
So kalau takda paypal, korang memang tak boleh menjual di ebay. Ebay dan Paypal berpisah tiada tau 😋
Kalau dah ada kedua-dua akaun ini, barulah korang boleh mula menjual barang di ebay.
Simple macam tu jeke?
Ya, simple jer.
Tapi sebelum tu korang kena la link kan akaun Paypal korang dengan Akaun / Kad Bank yang aktif. Kalau tak link, bagaimana kita nak terima atau membuat pembayaran antarabangsa secara online kan?
Baca lanjut: 4 Langkah Mudah Untuk Mula Menjual Di Ebay
Selamat ke Paypal ni?
InshaAllah setakat aku guna Paypal sampai hari ini, tiada masalah.
Oklah, tu saja untuk hari ini. Next post aku akan share lagi 😃
Adios,
ASTraveller2020
Interesting post :)
ReplyDeleteSeraphinalikesbeauty.blogspot.de
Waht thanks for sharing
ReplyDeletemost welcome :)
DeletePost a Comment