Penghantaran Parcel Ke Luar Negara Menggunakan AsiaXpress, Mahal ke?

Tuesday, October 27, 2020

 Assalam guys.


Pernah dengar AsiaXpress? AsiaXpress ni adalah salah satu servis kurier penghantaran parcel ke luar negara  lebih daripada 200 negara diseluruh dunia, bernaung dibawah syarikat Pos Malaysia Bhd. 




Actually, aku belum pernah lagi menggunakan servis AsiaXpress ni walaupun dah pernah dengar. Biasanya kalau aku nak hantar parcel ke luar negara, aku akan menggunakan servis FlexiPack. Sebab kos FlexiPack sangatlah berpatutan berbanding servis lain seperti Pos Laju International, AsiaXpress dsb.


Aku pernah tanya pada staff Pos Malaysia, kos penghantaran parcel (bukan dokumen) ke US (United States) menggunakan Pos Laju International yang mempunyai berat dibawah 500g adalah RM200+ dan kos menggunakan AsiaXpress adalah dalam RM190 keatas. 😂


Mahal gila kan? Masa penghantaran, agak laju. Biasanya paling cepat adalah dalam masa 3 hari hingga 12 hari. Tak sampai 2 minggu bergantung pada negara. Cepat gila kan? Thats why, kos kedua-dua servis agak mahal berbanding FlexiPack.


Pengalaman aku menggunakan FlexiPack, masa penghantaran ke New York, US mengambil masa dalam 30 hari. Penghantaran ke Puerto Rico, US mengambil masa dalam 30 hingga 40 hari. Lama kan? Alhamdulillah keduanya selamat sampai pada pelanggan dengan jayanya. Sepadan la kot kan dengan harga hantar ke US dibawah RM80. 😃


Tapi sayang, servis FlexiPack dihentikan buat sementara waktu sejak bulan Julai 2020 (kecuali penghantaran ke Singapore), kalau tak silap. So, takda pilihan lain kalau nak pos ke luar negara dengan harga murah kecuali dengan kos yang agak mahal seperti AsiaXpress, Pos Laju International, DHL dan lain-lain berbanding FlexiPack. #pasrah 😅


Ramai juga yang tanya rate AsiaXpress. So kat sini aku nak share AsiaXpress estimated delivery time & rate mengikut zon negara. 


Check it out! 😎


Untuk lebih jelas, boleh tengok file .PDF Download disini


Amacam? Hahaha. 😂 Ikut poket memasing la kan. Untuk info lanjut, boleh lihat disini https://pos.com.my/send/pos-laju/international/express/asiaxpress.html


Bagi online seller kecil-kecilan macam aku, kalau takda FlexiPack memang takdelah aku nak hantar parcel sendiri ke luar negara. Stop serta merta. Kalau nak teruskan menjual di ebay pun, aku sekarang sedang cuba-cuba menjual secara dropship dari AliExpress ke ebay. Nanti aku share dalam blog kalau dah berjaya hantar barang pada dua pelanggan setakat ni. Insha-Allah.


Semoga servis FlexiPack kembali beroperasi 😌


Adios,

ASTraveller.com

Post a Comment

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.