Hi guys, good day! 😀

Sejak berlaku PKP dalam Malaysia ni, aku percaya ramai yang terjebak main game melalui smartphone sebab boring stay at home sepanjang kejadian wabak Covid19 yang melanda di seluruh negara. 

Lama weh, PKP. Lepak umah. 😪

So dari tak buat apa-apa selain daripada makan & tidur, lebih baik main game untuk hilangkan kebosanan kan? Nak lebih bermanfaat lagi, main game sambil buat live stream di Facebook. Orang kata, boleh juga jana pendapatan. Dari main game gitu jer, yang tak dapat apa-apa kan? 😁

Gitu jugaklah aku. Terjebak dengan mobile gaming ni sejak PKP1.0 dulu. Then, buat live stream. Sampailah sekarang 😎 

Alhamdulillah, dapatlah juga sikit income hasil daripada bermain game. Sejak terjebak dari dunia gaming ni lah bermulanya aku tahu pasal trigger. Dengan adanya trigger, makin mudahlah kita nak control game ketika menggunakan smartphone.

Apa itu trigger?

Bagi aku trigger ni adalah satu alat yang memudahkan kita mengawal permainan semasa bermain game di smartphone. Kalau ada trigger ni, seolah-olah, macam kita main game pakai joystick ahhh. Ada button tambahan yang biasanya kita letakkan dibahagian atas kiri atau kanan smartphone. Especially untuk button tambahan seperti shoot atau aim.

Eh, betul ke aku explain ni? 😆

Ahh, nak senang paham korang tengok jelah gambar dibawah. 😝

Dibahagian kiri & kanan atas tu lah trigger

Makin mudah weh, kalau kita main game guna trigger ni. In case kalau korang memang main game lebih daripada 2 jari lah. Contohnya 3 atau 4 jari masa main game tu. Barulah best guna trigger 😎

Serius! 😏

Yang mana main game pakai 2 jari jer, korang tak payahlah nak pakai trigger sangat HAHAHA. 😂

So pada siapa yang masih tercari-cari trigger ni, aku nak suggest kat korang satu trigger daripada Black Shark ni. Memang sangat nice. Aku dah try pakai kot, not bad. 😬

Tadaaaaa,


Ni dia guys, Single Trigger daripada Black Shark iaitu Split Type Gaming Trigger [Single]


Trigger yang ni, khas untuk player yang main game 3 jari jelah. Single trigger ni, kita just boleh letak sebelah sahaja dalam satu masa. Sebab dia tak boleh nak split pada 2 untuk kita letakkan pada sebelah kanan dan kiri atas smartphone dalam satu masa. 😏

Dah namanya single kan? 

Samada korang nak letak disebelah kiri macamni,


Ataupun korang nak letakkan disebelah kanan macamni,


Habis tu, yang main game pakai 4 jari macamana? Kena beli 2 trigger lah ni?

Ahh, tak payah beli sampai dua single trigger. Black Shark juga ada keluarkan satu lagi jenis trigger yang memang khas untuk player yang main 4 jari iaitu The Monster Gaming Triggers

Contohnya korang boleh tengok pada gambar dibawah,


The Monster Gaming Triggers ni korang boleh split 2, untuk korang letakkan kiri dan kanan atas smartphone dalam satu masa. So memang sesuailah untuk player yang main game 4 jari 😁

Macam biasa, aku beli trigger ni dekat Black Shark OS di Shopee

Split Type Gaming Trigger [Single]: RM39
The Monster Gaming Triggers: RM65

Untuk lebih details, korang boleh usha video-video berikut 👇

Black Shark Split Type Gaming Trigger Single [Unboxing + Review]


The Monster Gaming Triggers Black Shark [Unboxing]


Set Up Gaming Trigger Daripada Blackshark Untuk Game Call Of Duty Mobile


Then, kalau korang nak tahu berapa maksimum bukaan kedua-kedua trigger ni, korang boleh usha video dibawah. Ketebalan smartphone lain-lain kan? So penting juga benda ni. Kalau smartphone korang tebal sangat, tak boleh pulak pakai trigger tu kang? 😂

Let's check it out!

Berapa Maksima Bukaan Klip Pada Trigger Black Shark?


Amacam, best tak? Kalau macam best, gi arr beli. 

HAHA 😝

Adios,
ASTraveller.com

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post