Amgras Future IV Pro

Earbuds bajet bawah RM50!


Harga dia, still harga bajet yang korang boleh dapat. Iaitu RM45.90, bawah RM50. Dengan dia punya design lawa, lepas tu dengar muzik pun syiok. Sangat-sangatlah berbaloi untuk korang beli

Design & Battery life

Dari segi design memang cantik. Transparent dan siap ada battery indicator. Memang cun. Battery life pun korang jangan risau, tahan lama. Jarang sangat nak charge.


Waterproof level

Yang ni, dia splash proof je guys. Boleh kena hujan, percikan air atau peluh. Jangan rendam dalam air eh

Muzik, Movie, Gaming & Calling

Aku dah test semua, dari segi call, dengar muzik, tengok movie dan main game. 

Muzik & Movie

Overall, macam biasa dengar muzik memang best. Bass padu, sedap layan muzik. Tengok movie pun okay. Main game, macam biasa semua brand Amgras ada delay 1 sec. 

Game

Kalau korang main game berat macam Call Of Duty Mobile sebab banyak benda bunyi kan, so memang akan dengar delay tu. Tapi kalau korang main game santai, macam Garena Undawn tu. Tak dengar sangat pun delay dia. Not bad lah boleh main, cuma mic dia jela kalau korang bercakap dengan team kadang-kadang macam tak clear gitu

Call

Untuk call pulak, macam earbuds Amgras yang lain. Memang tak clear sangat la suara. Tenggelam timbul. Kawan aku cakap, call guna earbuds ni suara aku macam kat dalam air. So untuk call, aku tak suggest untuk earbuds ni.

Tonton video kat bawah ni untuk lebih details


Okay guys, tu je nak share

Adios,
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post