Salam guys.

Pagi ni, eh brunch ni aku makan nasi Kerabu. Mak aku beli nasi kerabu lak harini. Selalunyaa Nasi Lemak je, sampai dah bosan HAHAA 🤣

So, harini lain sikit. Nasi Kerabu! One of my feveret 🍛

Sedap weh. Harga dia RM6. Tapi lauk dia ada ikan goreng tepung. Disebabkan aku tak makan ikan goreng tepung tu, so aku gantikan dengan telur mata 🍳 Dulu masa zaman aku kerja dekat PJ, aku selalu makan nasi kerabu dengan lauk ayam goreng berempah 🍗 Memang sedap!

Nasi Kerabu ni berasal dari Kelantan & Terengganu. So, mana yang tak pernah tahu Nasi Kerabu ni apa, korang baca ni.

Nasi Kerabu, juga dikenali sebagai khao yam di Thailand, adalah makanan yang berasal dari kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu dan juga wilayah-wilayah di Selatan Thailand. Ia merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau Ayam Percik, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba dalam menjadikan warna nasi menjadi hitam.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

Nasi kerabu juga enak dimakan bersama keropok goreng.

Sumber: Wikipedia

Bila borak pasal Terengganu, tiba-tiba aku teringat sorang influencer muslim dari Terengganu yang ber-tatoo kan lengan dia baru-baru ni. Memang agak terkejut jugakla sebab aku pun salah seorang follower dia sebelum ni.

Aku malas nak sebut nama, korang tau kot siapa?


Muslim & buat tatoo.

Sebab, stress, depress? 😖

Bila aku baca semua, then aku cari pasal dia ni. Dia pernah berkahwin & status dia sekarang maybe dah bercerai. Bercerai tu tak pasti bila. Aku rasa inilah salah satu sebab dia stress atau deepress.

Disebabkan aku tak sokong perbuatan dia ber-tatoo sebab dia Muslim, so aku dah un-subscribe dia walaupun, konten review dia agak menarik bagi aku.

Baru-baru ni naik dia punya posting bercuti dekat Maldives. Maldives geng, secantik-cantik tempat yang Allah ciptakan. Then aku komen lah macamni dan tak sangka pulak dia menjawab komen aku tu macamni..



Ya Allah 😅 Boleh eh jawab gitu. Takpalah, Allah memang akan bagi je pada sesiapa sahaja rezeki yang Dia nak bagi. Pada orang tak solat, pada orang ber-tatoo, minum arak, muslim, non-muslim. Tapi ingatlah, kadang-kadang Dia bagi tu adalah satu bentuk ujian untuk kita yang muslim. Dia nak tengok sejauh mana kita ingat pada Dia. 

Moga one day, kalau kita senang, kaya dsb janganlah kita lupa akan Dia Maha Pemberi Rezeki 💓

Adios,
ASTraveller.com

Post a Comment

Previous Post Next Post