Salam, halu guys. Good day! 😁

Apa khabar? Sudah di vaksin belum? Alhamdulillah pada yang dah divaksin, rezeki korang awal. Aku belum, walaupun 1 dos. huk huk huk

S a b a r  😋

Semoga negara kita bebas dari Covid 19 dalam sedikit masa lagi. 

Amin 🤲

Okaylah, let's go into the topic.




Barang yang di pos dari luar negara ke Malaysia, kena cukai tak?

Dalam posting ni, aku akan fokus barang dari UK ke Malaysia eh, sebab semalam, ada yang bertanya dan soalan dia lebih kurang macamni, 

Kalau pos barang dari UK ke Malaysia ada kena apa-apa cukai (tax) tak? 

Sebenarnya aku belum pernah terima apa-apa barang yang dipos dari luar negara contohnya dari UK, US atau lain-lain negara kecuali dari China.

Dari China ni pun, biasanya aku beli direct Shopee atau Lazada sahaja. Kalau direct melalui seller China, memang takdelah setakat ni. Sebab kebiasaanya, caj penghantaran agak mahal berbanding kita beli under Shopee atau Lazada. 😉

So, aku memang tiada pengalaman mengenai bab-bab ini. Nasib baik ada kenalan yang memang pernah stay di UK dan dia selalu hantar barang ke Malaysia. Yezza, so aku tanya dia jelah haha.

Maka, bermula-lah chat aku dengan kawan di Facebook 😝










So, secara general nya aku akan ringkaskan info dari kawan aku ni.

Barang yang dipos dari UK ke Malaysia;

  • Kebiasaannya, apa-apa barang yang sampai dari luar negara, masuk ke Malaysia mesti akan melalui Kastam terlebih dahulu. So dari segi cukai akan ditentukan oleh pihak Kastam sendiri pada kita sebagai penerima.

  • Penerima kena bayar cukai (tax) jika nilai barang adalah melebihi RM500 dan bergantung pada volume sesuatu barang. Maksud volume disini kalau tak silap aku, adalah berdasarkan pengiraan volumetric pada saiz kotak parcel itu sendiri. Untuk lebih lanjut, korang boleh google "Pengiraan Volumetric Poslaju". 
Pengiraan Volumetric: Formula: Panjang (P) X Lebar (L) X Tinggi (T) / 6000


  • Once barang dah sampai Malaysia, kastam akan info kita melalui surat rasmi samada via emel atau via pos. Cara bayaran semua ada pada surat kastam tersebut.

  • Bayar tax, boleh melalui cash atau debit di Kastam. Ni kalau kita nak pickup barang sendiri di Kastam lah. Kalau nak pihak kurier yang hantar barang depan pintu rumah, ada extra caj dari pihak kurier. Contoh, Pos Malaysia dalam RM50+-. Bayar secara online.

  • Kalau takut kena tipu, korang boleh direct call Kastam. Segala details semua ada dalam surat 💭

  • So apapun kena ready cash juga la, kalau agak-agak barang yang kita nak terima tu, kotak dia besar atau nilai barang tu sama atau melebihi RM500. 😊

  • Macam kawan aku ni, dia bayar cukai dalam RM1k+- sebab barang dia memang banyak kalau sekali hantar. Parcel dia sekali hantar ke Malaysia, berat dalam 40 - 60kg. So, logik la kot kena bayar cukai dekat-dekat RM1k. Kalau setakat barang korang 1-2 barang saja dan kotaknya kecik, rasanya tak tinggi kot cukainya atau tiada dikenakan cukai. Untuk info lebih lanjut, korang boleh tanya pada Kastam sendiri melalui emel dsb.


Okay, itu sahaja yang aku dapat share.

Kalau ada info tambahan yang nak ditambah, korang boleh tambah diruangan komen wokayyy.. ✌

Terima kasih pada yang bertanya. Sekurag-kurangnya aku dapat juga sedikit ilmu tentang ni. Mana lah nak tahu kot-kot akan datang ada someone dari UK nak hantar barang pada aku. At least aku dah tau apa nak buat kan? wakakakaaa 😁

Semoga bermanfaat.

Adios,

108 Comments

  1. Kawan saya ada bagi hadiah kat saya. Harga barang mmg lebih rm500 lpastu ada org dari jnt ckap kna bayar rm700. Tu kira scammer ke betul eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia call ke? better pegi J&T terus tanya. jangan percaya bulat2..

      Delete
    2. sbb biasanya yg caj tu, kastam. kastam akan call dulu atau ada surat dari kastam. cukai under kastam, bukan courier

      Delete
  2. Bayar cukai boleh gune dollar tak?

    ReplyDelete
  3. Masa amek barang tu, boleh bayar cukai guna dollar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. biasa kena tukar RM dulu la kot rasanya

      Delete
  4. Member saya belikan saya hadiah dan dia juga letakakan duit untuk saya bayar cukai ..macam mana saya mahu ambil duit itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak. maaf letak duit dalam parcel tidak dibenarkan. brg tu nanti pihak kastam akan buka dulu dan cek. kenapa dia tak transfer duit ke acc bank saja?

      Delete
    2. Member saya belikan saya hadiah dan dia juga letakakan duit untuk saya bayar cukai ..macam mana saya mahu ambil duit itu.. adakah boleh .. atau saya kena guna saya sendiri.. tpi saya still student.. camna ni

      Delete
    3. ni mesti kenalan online je kan? biasanya ni kerja scammer yang nk bg hadiah..lepas tu tipu duit melalui pembayaran cukai kastam. padahal cukai hanya diminta oleh kastam malaysia sahaja melalui surat rasmi.. bukan minta cukai melalui wasap, text, call. hanya melalui surat rasmi

      Delete
    4. sama saya pun ada bungkusan berisi duit d dalam tapi saya tidak ada dapat apa2 surat atau email dari kastam malaysia.adakah tu scammer

      Delete
  5. Selamat Pagi En Wanz*

    *Saya Encik Ben dari syarikat penghantaran perkhidmatan kurier di seluruh dunia*

    *Pakej anda dihantar oleh, Encik Alex Wong dari Los Angeles California.*

    *Akhirnya tiba di Malaysia pagi ini*

    *Alamat: Nt siri no 85130847 sook batu 24 1/2 jalan nabawan tawau, 89009 keningau, sabah..*

    *Kami ingin memaklumkan bahawa ejen penghantaran kami telah tiba di Malaysia pagi ini.*

    *Tetapi terdapat sedikit isu di Lapangan Terbang, Pihak Berkuasa Kastam menuntut bayaran duti pelepasan dengan caj penghantaran tempatan iaitu jumlah maksimum (RM3,500) atau bungkusan itu akan disita kerana kemasukan haram.*

    *Yuran duti pelepasan ini perlu dibayar untuk pakej dilepaskan, kerana bungkusan itu datang dari negara asing dan ia adalah polisi biasa di Malaysia*

    *Encik Alex Wong*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kenal orang nama alex wong juga, konon nak post barang guna AM Courier service, confirm scammer

      Delete
  6. Replies
    1. dia hantar melalui apa ya, surat daripada kastam sendiri?

      Delete
    2. dan mmg tuan sedia maklum ke nak terima barang daripada sender LA, California? Jika tiada, scammer la jawapnya. Biasa kastam akan hantar surat rasmi melalui emel atau dia pos surat ke alamat rumah..kalau isu dilapangan terbang tu, mcm sy hntr brg ke sabah dan barang tu xlepas, kastam direct call

      Delete
  7. Saya ada seorang kawan dari UK..agaknya berapa hari barang tu akan sampai ke Malaysia..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada kurier yang dia pakai. sebab masa penghantaran lain-lain kurier tak sama

      Delete
  8. Kawan saya ada kirim hadiah ke saya bernilai $12,000.. kiranya $12,000 tu convert ke MYR dan itukah jumlah kos barang saya? Berapa pula charges yg saya perlu bayar pada kastam nanti.. boleh cecah ribu2 ke charges saya tu.. mohon bantu saya

    ReplyDelete
  9. Kawan saya dari china nak hantar keyboard untuk saya, so agaknya berapa tarriff yang saya perlu bayar ? and saya rasa that keyboard is not more than 500 myr

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya cecah 1k++ tak ?

      Delete
    2. kalau keyboard harga xsampai 500MYR takpa.. tunggu barang sampai je

      Delete
  10. Boleh jadi ke orang tu minta bayaran dari whatsapp sahaja? Saya risau scammer je.. kalau kita tak mampu bayar charges tu..kastam akan tahan barang kita berapa lama ya? No mana perlu saya call ya untuk tanya status barang saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke kastam bukak kotak hari weekend?

      Delete
    2. Kastam akan hantar surat bertulis (rasmi) melalui emel atau pos. kastam takkan hantar via whatsApp.

      Delete
    3. Kalau ada terima surat softcopy, boleh send dkt saya julia.tarmidi@gmail.com nti saya send pada kawan utk dia verify

      Delete
  11. Hi,terima kasih atas info ni ye. Saya akan hantar email pada Cik. Saya minta tolong verify juga. Risau kena scam walaupun kawan kan. Dia ada beritahu kurier sana cakap akan ada sikit bayaran bila terima barang nanti. Saya teringat ada kes2 scam macam ni. Sebab tu saya Google dan jumpa post ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana kalau kita tak mampu bayar cukai barang yang sampai

      Delete
  12. Hai..nak tanye..kalau barang dari UK sampai Malaysia..macam mane detect eh..sebab member pakai courier UK Sana..kalau masuk Malaysia..dorng akn bagi nom tracking Baru ke..Dan berapa lama ye nak tunggu Surat dari Kastam untuk sampai ke rumah..harap dapat Bantu saya..tq!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. ada je tracking number, bole mintak dkt kawan tu. bila da sampai malaysia, kalau brg berharga RM500 keatas, kastam akan bagi surat utk amik barang tu dikastam dan buat pembayaran cukai dkt sana. kalau barang murah2 je, tunggu jela barang tu sampai dpn rumah

      Delete
    2. Saya dia hantar melalui whatsapp lepas tu ada duit kat dalam jadi saya kene bayar 2000 Malaysia betul ke atau ni scem yang hantar tu kawan saya tlong bantu saya

      Delete
  13. Hi. kalau barang yang d post dari luar negara ke Malaysia hanya sekotak dan tidak lebih daripada 10kg, boleh kena cukai sampai 2k ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. tengok pada nilai barang yg dihantar. barang bernilai = RM500 atau lebih akan dikenakan cukai

      Delete
  14. Klu daei uk k melysia brapa hari sampai ya

    ReplyDelete
  15. Hai...saya ada seirang kenalan dari UK. Semlm dia ckp dia ada pos barang kpd saya 2 box besar... So pg ni sy dpt call katenya dari sky express dan minta saya byr rm5300 termasuk kos penghantaran dan insurans.. tetapi saya x menerima sebrg email atau surat.. adakah itu scammer ? Sy takut kehilangan duit sy

    ReplyDelete
  16. Oh terima kasih... Tuan boleh verify tak no tracking ni JR5AG8M... Dia cakap pada saya surat akan di hantar kepada saya bersama barang.. ade ke cam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xbole verify no tracking :)

      Surat cukai xkan sampai sama dgn barang. Surat rasmi kastam malaysia & jumlah kena bayar cukai yg sampai dulu. Then baru la kita pegi amik brg dkt kastam atau kita boleh kurier yg uruskan..

      Yg cik kata ni, biasanya scammer

      Delete
    2. no tracking tu kastam boleh verify. cik bole call kastam malaysia utk pengesahan :)

      Delete
  17. Pastu ade courier ckp yg brg sy dh ada di portklang cume kena tggu buat byran dlu baru blh di hantar ke alamat rumah.. transfer blh buat 2 kali ke akaun akautan itu sendiri. Tapi bkn ke akaun company. Semoge tuan dpt bantu saya.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. scammer ni. tkda mcmtu. biasanya surat rasmi dari kastam malaysia sampai dkt kita dulu then baru la kita pegi amik barang sdri dkt kastam. bayar cukai di kastam. atau kita pilih utk kurier yg uruskan

      Delete
  18. hi sy juga ada soalan,kwn sy hantar barang yg nilai dia sy tak pasti,tapi sy ada dapat satu email yg mnyatakan sy perlu bayar kos penghantaran dan terlebih berat kepada mereka rm2500.00 adakah ini scammer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. pastikan surat rasmi bayaran cukai adalah dari kastam malaysia sahaja :) selain tu, semua scam

      Delete
    2. Nurul..hai..saya ada kwn hantar hadiah. Dia hantar melalui syarikat. Syarikat tu, minta saya bayar rm 450. Kawan saya ada bagitahu, dia ada letak duit dollar di dlm kotak itu. Tapi saya tak ada duit nak bayar.

      Delete
  19. Saya ada email tanya tentang penghantaran barang dari uk. Kawan saya ada bagitahu yang saya kena cukai sebanyak 1k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada hantar gambar resit sekali

      Delete
    2. iya cik, saya sudah reply ya :) harap membantu

      Delete
  20. Attention: Nur damia nasuha
    Reference: Mohd woo Jung

    Dear nur damia nasuha
    Your parcel arrives at the airport on (7 April2022). Your parcel has been stopped at 'China Macau. for payment of your Clearance Fee prior to delivery to your home address okay.

    Ma'am! Our shipping agent will not be allowed to send the parcel to you because you have not made a ‘Tax Relief Fee Payment’ of your parcel.

    You are expected to make payment of your Tax Relief Fee, before our shipping agent is authorized to ship the parcel to your address okay.

    SHIPPING FEE SHIPPING TAX: ($ 593) ONLY.
    The equivalent amount is (Malaysia rm 2,500
    .

    Please Note: We accept payments into our bank accounts via Cash Deposit, Bank Transfer and also via Online Mobile Transfer or ATM Transfer. Please let us know which one is right for you to make the payment. Therefore, we will send our payment details to you.

    Thank You For Using Influx Courier Service

    Good luck
    Ahmad Zikri |
    Courier Agent
    Admission Courier Service
    Macau.

    All rights reserved @ 2022 Influx Courier Service.

    kawan saya nak bagi saya hadiah,lepas itu saya kena bayar balik sedangkan dia dah bayar dekat negara dia,dia duduk di Korea,kita perlu bayar balik ke?sebab dia cakap barang itu kena bayar dahulu baru sampai ke rumah...tapi kenapa mahal sangat...saya tengok last seen dekat whatsapp dia dua minggu lepas sampai sekarang dia tidak on, adakah itu scammer juga?seban saya penerima pun kena bayar juga ke ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik. maaf utk ini, saya confirm ianya scammer. kalau ada cukai sekali pun, kita perlu bayar dengan Kastam Malaysia sahaja. Itu pun kena tunggu surat rasmi dari Kastam Malaysia sama ada melalui pos atau emel. kalau terima notis (surat) dari WhatsApp/call semua tu adalah scammer. Harap membantu

      Delete
    2. Saya pernah terima hadiah daripada kawan saya org korea yg tinggal di busan. Hadiah tu sampai pada saya tanpa perlu bayar apa2 tax. Besar juga kotaknya tapi mungkin nilainya kurang RM500.

      Delete
  21. Good morning madam, this is Mr Johan from courier services , this is to inform you that the parcel sent to you from UK has arrived in Malaysia and ready to be deliver to your address.

    *We want to know if you're available right now so that we can be able to make delivery to final destination*

    We want to let you know that a local import fee / local customs fee of rm1500 must be made to enable us to send packages at the specified delivery time and to your door step

    *Please note:*

    *The responsibility of the sender ends after the goods arrive at the port of choice of the recipient. The recipient is then responsible for other costs that allow the goods to be cleared from the port.*


    Selepas dah bayar fee, jadi macamni plak..scammer ke ni???please help me..


    Madam are you not aware it's not a nice idea to bring money in another currency or money more than the maximum amount meant of entering into Malaysia and a golden necklace worth 12000pounds into Malaysia through a gift box ❓

    Why did your friend do such thing madam it's highly prohibited and it's against the law of Malaysia to bring money in another currency or money more than the maximum amount meant for entering into malaysia through a gift box ,,, there is heavy penalties for such act madam

    You need to pay fine or go to jail

    Now tell us , do you want to pay fine or be JAILED ?

    Saya kena bayar RM 5000 kalau tak nak masuk jail...ni tak bayar lagi...ni scammer or what..please help me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SCAMMERRRRRRR

      Delete
    2. Pertama sekali, kawan yang nak hantar barang tu adakah awak betul2 kenali atau sekadar online friend? Kalau online friend sah2 scammer.

      Delete
    3. Scammer ni awak. tolong jgn bayar please. Kalau brg dr luar, bayar cukai HANYA PADA KASTAM MALAYSIA SAHAJA

      Delete
  22. kawan saya ni ada hantar hadiah dari poland pastu dia letak duit dlm tu untuk saya bayar tax tu.. soalan saya boleh ke buka kotak tu amik duit dalam tu.. if tak boleh memang kena guna duit sendiri ke.. kalau kena guna duit sendiri saya memang tak dak duit nak bayar ikut harga tax tu. soalan saya yang kedua perlu ke saya bayar tax tu sedangkan dia yang nak hantar hadiah tu dekat saya bukan saya mintak. dan kalau saya suruh dia settlekan sendiri tak boleh ke tax tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Pertama sekali nak bgtahu. letak duit dalam parcel dalam jumlah yg banyak adalah satu kesalahan undang2. so, kesimpulannya, memang keje scammer :)

      Delete
  23. Hai ble bg sy no tel untuk sy tnya tentang penghantaran barang dari italy ke malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. boleh tau tentang apa ya? :) bole emel saja julia.tarmidi@gmail.com

      Delete
  24. Hi kak , kalau kawan saya dari korea then dia cakap kourier sana mintak email ap semua then bila sampai sini kastam akan call ke ? Ke macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, bg je dia emel. mmg emel wajib. nti daa sampai, kalau barang tu nilai dia lebih atau sama dengan RM500, kastam akan bg surat/emel utk kita bayar cukai. kalau barang tu bernilai bawah dari RM500, tunggu je barang smpai dkt rumah :)

      Delete
  25. hai..i nak tanya
    if barang dari SG nilai 2500myr..bape kos tax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, xpasti plak tuan/puan. :) bole tnya di kastam malaysia

      Delete
  26. Hai ble bg sy no tel untuk sy tnya tentang penghantaran barang dari uk ke malaysia

    ReplyDelete
  27. Hai saya nak tanya ni.saya ada terima barang pos dari luar negara.barang itu dah sampai kat Indonesia.tetapi barang pos itu ditahan untuk pemeriksaan.selepas itu katanya pihak atasan meminta wang sejumlah rm1500.ub

    ReplyDelete
  28. Saya dah bayar rm1500.kerana terlalu takut.jika saya tak bayar akan ditangkap oleh pihak polis.lepas beberapa hari ada sampai mesej dari wasap mengatakan saya perlu membayar lagi sejumlah rm5000 untuk dilepaskan barang itu.saya jadi dah tak yakin lagi takut kena tipu lagi

    ReplyDelete
  29. Katanya barang itu dah sampai ke malaysia.gambar kotak itu nampak dah telah dibuka.saya jadi macam dah percaya lagi.adakah betul kastam Malaysia meminta duit sebanyak itu.

    ReplyDelete
  30. Bukan kastam.katanya macam menyamar

    ReplyDelete
  31. Barang itu dah ada kat malaysia.dia minta sampai rm3000 untuk bea cukai.tapi dah dijelaskan rm3000.saya rasa macam tak sedap hati bayaran itu terlalu tinggi

    ReplyDelete
  32. Dia hantar surat melalui email.saya rasa kastam kot.kalau tak silap.alamat e-mail itu macam betul menunjukkan barang itu akan diproses untuk dihantar ke alamat rumah saya.

    ReplyDelete
  33. Satu lagi betul ke penerima barang kena bayar cukai barang itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk kepastian, sila call kastam malaysia. biasanya kalau mereka minta cukai melalui WhatsApp atau call.. tu bkn dr kastam malaysia. kastam malaysia hanya minta cukai melalui surat rasmi via emel atau pos. dan cukai akan dikenakan pada kita, jika barang tersebut bernilai lebih dr RM500 keatas sahaja

      Delete
  34. Hai boleh bagi no kastam sbb kwn sya ada hntr brg dr london menggunakan solid express..sya di beritahu brng akn di hntr trus ke sya tp sya di minta byar cukai ke pihak kourier dan bila buat payment pihak kourier memberitahu bahawa brg saya di tahan pihak kastam di sebab dalam kotak.tersebut ada wang dan mereka minta sya untuk membayar denda ada kah betul atau menipu.tolomg bagi penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. yg mintak cukai hanya kastam malaysia saja. bkn kurier atau seller. brg yg bernilai rm500 keatas saja akan dikenakan cukai. then, duit tak boleh letak dalam parcel. tu salah disisi undang2. no kastam malaysia, bole tgk di web kastam malaysia.

      Delete
  35. Minat tolong jelaskan..dan saya ada soaln lgi sekira nya brng trsebut di tahan pihak kastam dan denda yang di minat tidak dapat di jelaskan bagaimana dengan barang tersebut..dan berapa lama tempoh yang di berikan untuk tuntut barnag tersebu

    ReplyDelete
  36. Tolong saya perlukan perjelasan ada ka itu scammer sbb saya dah buat payment ke pihak kaurier..dan pihak kaurier memberitahu saya..saya perlu bayar denda ke pihak kastam dlm jumlah rm15ribu..sya btl2 perlu kan penjelasan

    ReplyDelete
  37. Ada ka 2 scammer...

    ReplyDelete
  38. Boleh ka anda memberi sya penjelasn mengenai cukai pmbyaran...sya ada sorng kwn yg bru sya kenal dr london dia tiba2 menghntr brg ke saya dan dlm kotak trsebut ada wang..dan sya telah di beritahu oleh pihak kaurier bhwa sya perlu membuat pmbyrn ke mereka sebnyk rm5000 untuk penghntrn dan akan menghantr brg sya selepas membuat pembyrn dan pihak kaurier jg telah memklmum kan sya bhwa brg sya di tahan oleh pihak kastam di sebbkan dlm kotak trsebut ada wang dan yng sya tak pasti brpa..kemudian pihak kaurier jg memberitahu bahawa sya perlu membayar denda spya pihak kastam boleh mengeluarkan brang sya..denda yang di minta rm15k..sya rasa benda ini tak logik..so apa ka ini scammer..dan pembyaran untuk pihak kaurier perlu di byr keats nama krensa anak mireg..sya jg nak bertnya sekiranya dnda tersebut sya tidk dpt jelskan bgaimna dgn brg sya yg di tahan pihak kastam

    ReplyDelete
  39. Sya hrp anda dapat tlg beri pnjelasaan

    ReplyDelete
  40. Dah saya pelik denda kastam perlu di bayar ke akaun peribadi bukan ke akaun kastam..atas nama krensa anak mireg

    ReplyDelete
  41. Denda kastam pula perlu di byar ke akaun pribadi ats nma krensa binti mireg..bukn kpd kastm..tlg sya agar lebih jelas

    ReplyDelete
  42. hai ini kali pertama bertanya dekat sini...saya ada baca semua komen dekat sini ,,jadi saya pun nak tanya juga saya ada seorang kawan dari US jadi dia ada belikan saya hadiah...barang tu dah sampai dekat malaysia ..selepas tu ada nombor yang tak saya kenal wsap kepada saya mengatakan barang saya dah sampai dari...tapi saya harus bayar pakej tu melalui pindu masuk kastam kalau tidak bayar pakej tersebut pihak penguatkuasa akan rampas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi :) kalau kawan dari US berikan hadiah, then minta cukai melalui wasap itu confirm scammer... pihak kastam xpernah wasap atau call. dorg akan hantar surat rasmi melalui pos atau emel sahaja. then bayar cukai di kaunter bukan di pintu masuk kastam. berhati2 ya. biasa dah dengar kwn dr luar bg hadiah. biasanya kawan yg bagi hadiah tu kawan yg kenal di internet je. bkn realiti punya kawan. sy harap berhati2 je. scammer cukai kastam sangat berleluasa skrg. semoga dipermudahkan urusan kalian :)

      Delete
  43. Hai saya nak tanya jika mereka pakai agent dari uk sampai malaysia mereka memintak kita membayar rm2000 kos penhantaran lepas bayar mereka kata barang kastam nk buka dan cek isi dalam mereka memintak rm4300 adakah ini scammer....tolong saya barang saya sekarang x tahu di mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi tuan/cikpuan. maaf ini kerja scammer.. jangan percaya ya

      Delete
  44. Jika saya tidak bayar rm2000 agent dari uk tidak lalu pintu masok kastam lepas bayar baru masok tpi mereka memintak rm4300 untuk kastam tidak membuka barang saya....sekarang ini saya tidak tahu dimana barang saya berada.....tolong siapa yang tahu tentang hal ini plak saya urgent nak guna barang itu

    ReplyDelete
  45. Sekarang barang saya mereka pegang macam mana untuk saya mendapatkan balik barang saya....tolong bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sender tu cik kenal ke x? yang pegang brg ni nti bkn mereka (sender/kurier). tapi kastam akan buka dulu barang. kalau ada kena cukai, kastam hantar surat cik. kalau ikutkan komen cik ni, keje scammer ni. jgn percaya

      Delete
  46. View the below INFORMATION sent to you for your perusal GLOBAL CARGO SHIPPING DELIVERY COMPANY gbjet-delivery.com, CLICK THE WEBSITE, A PAGE WILL OPEN , THEN CLICK TRACKING FROM THE WEBSITE ABOVE AS THE PAGE OPEN, THEN COPY YOUR TRACKING NUMBER PASTE IT BELOW THE SMALL SPACE AND TRACK YOUR SHIPMENT WITH THE WRITTEN NUMBER PROVIDED BELOW Email Contact: globaljet-delivery@gmail.com, info@gbjet-delivery.com

    Please enter Tracking Airway Bill Number (one Per line).
    RECEIVERS NAME:MS.NURUL AIN
    COMPANY WEBSITE: gbjet-delivery.com
    TRACKING NO. AWB283015559894
    Then Click 'Process' it will now track to allow you know the parcel position...ini yang mereka bagi pada saya...boleh kamu cek sama ada betol atau tidak saya buntu sekarang

    ReplyDelete
  47. hai, macamana kalau courier tu mintak money laundering certificate sebab dalam kotak tu ada duit kawan saya kirim. scammer jugak ke ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. scammer. sbb dalam parcel dilarang letak sejumlah duit yang byk. tak lepas kastam

      Delete
  48. Hello boleh nak tanya tak kalau barang tu betul2 ada ke tak sebab kat email saya dia kata… Your parcel has been successfully with the following information and then ada gambar resit juga lah dia letak lepas tu dorang akan hantar ke Malaysia pada pagi. Lepastu bila dah sampai Malaysia saya kena bayar 1.5k supaya dapat hantar ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi saya takut kalau saya dah bayar nanti pula barang tu tak akan sampai ke rumah pula itu yang dirisaukan. Parents saya dah kena tipu 20k

      Delete
    2. awak. yg suruh bayar cukai, hanyalah kastam malaysia. bkn sender atau kurier. selain kastam malaysia yg minta cukai, tu semua scammer. please avoid

      Delete
  49. saya sudah bayar barang ini dari luar negara 1k tapi l sudah sampai d kastam xtau di mana,dorg buka bungkusan tersebut ada duit d dalam so mereka suruh bayar 5k..ada ka ni scam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya scam. dalam parcel xbole ada duit yg banyak, salah disisi undang-undang

      Delete
  50. Nak tanya.. Semua parcel yang bernilai rm500 akan diserahkan terus kepada kastam? Maksudnya kastam akan ambil alih segala urusan yang berkaitan dengan parcel tersebut. Betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari kurier luar negara, terus ke kastam. dan lepas tu, barula kastam decide utk mengenakan cukai atau tidak.

      Delete
  51. Maksudnya kalau kurier luar nak mnta mcm2 payment abaikan je kan. Sebab semua payment tu dr kastam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalau kurier luar mintak payment cukai tu smua adalah scammer. yg minta cukai hanyalah Kastam Malaysia sahaja

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post