Haluuu guys..
Pernah try shopping di Lazada?

Kalau dah cuba, pasti nak membeli lagikan. Bagai ada penunggu jer dekat dalam Lazada tu. Samala macam Shopee. hahahaa

Kalau tak pernah try bershopping di Lazada, korang try la. Pasti akan rasa nikmatnya bershopping secara online ni 😆

Order barang lain, tapi dapat barang lain. Bagaimana?

Haaa, kalau order lain dapat lain macamana?

Baru-baru ni, aku ada order barang dari China bernilai RM100+. Tunggu lebih seminggu, kecewa sebab apa yang kita order, barang lain yang kita dapat. Lepas tu, nilai barang yang diterima lagi murah pulak tu dengan apa yang kita order, tak cuak dibuatnya.. huhu 

Cuak jugak kan? Mana la tahu, kot-kot seller dari China tu membisu seribu bahasa ke huhu. Then tak dapat refund dsb. Kan rugi gila tuu.. 😔

So kalau jadi macamni, jangan risau lah. Kita beli barang under Lazada. Apapun Lazada kena bertanggungjawab juga kalau seller diam kan diri 😝


Samalah dengan Shopee, tak terima barang ke atau dapat barang rosak ker Shopee akan bertanggungjawab sepenuhnya. Duit kita akan dikembalikan. Secure weh!😗

Okay, kembali pada tajuk asal

Pertama sekali, kalau korang dah buka parcel tengok barang lain yang dapat. Korang janganlah takut tak dapat refund. InshaAllah dapat balik dan amik masa yang singkat jer pun kalau kita betul-btul ikut apa arahan dari Lazada 😁

Follow jer cara dibawah ni:
  • Pertama sekali, JANGAN KLIK WRITE A REVIEW / RECEIVED ORDER. Kalau korang dah tekan received order, bermakna korang takkan dapat refund. Korang boleh bagi bad review jerlah pada seller
  • Apapun, sebelum korang nak klik apa-apa, chat dulu dengan seller
  • Kalau seller tak reply, korang chat terus dengan Customer Care Lazada. Chat online jer. Pilih Chat with Customer Care
  • Bila keluar auto reply, korang taip je "Agent". Then tunggu sampai staff Lazada reply korang.
Ikut lah bahasa mana yang korang selesa. Macam aku haritu, cakap malay jer. 
  • Korang bagitau Order ID, dan barang yang korang dapat. Snap gambar, hantar melalui chat jer.
  • Lepas tu dorang akan semak.
  • Bila didapati betul, korang tekan button Refund pada order yang dah diterima tu. 
  • Then, korang wajib print Return Label dan pilih courier mana yang korang nak drop barang return tu.
  • Return Label tu korang akan serahkan pada pihak courier bersama parcel. Tak perlu bayar pos sebab seller akan tanggung. Ingat, jangan buang segala bungkusan asal, korang pos je sekali dengan parcel yang korang dah buka tu.
  • Selesai.
Dalam masa 24 jam, korang akan terima total refund ke dalam E-Wallet Lazada 😀

Cara nak refund di Shopee sama juga ke?

Haa, cara di Shopee tak sama dengan Lazada. Bagi aku lebih mudah di Shopee berbanding Lazada. Next post, aku share cara refund di Shopee pulak ye!

OK bai 😜

Adios,
ASTraveller2020

1 Comments

  1. Boa tarde. Estou seguindo o outro blogue. Ainda não consegui te seguir nesse. A Internet não tá ajudando.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post