Hi guys. Good day! 😉

Petang ni aku nak share sikit pasal shipping details di eBay. Kekadang bukan apa, dibahagian shipping details ni kita jadi confused weh nak pilih yang mana satu dibahagian services: domestic & international shipping tu. Sebab banyak sangat option 😂

So, kali ni aku nak share lah shipping mana yang aku pilih based pada pengalaman sepanjang berniaga di eBay. Alhamdulillah setakat ni, semua barang selamat sampai dengan jayanya 😁

Ok, jomlah kita straight to the point.

Shipping details di eBay


Shipping details di eBay ni, terbahagi kepada 5 bahagian yang perlu diisi iaitu,
  • Domestic Shipping
  • International Shipping
  • Package weight & dimensions
  • Exclude shipping locations
  • Item location

Aku akan go through satu-satu, mana yang perlu kita isi. 

Let's go!

Domestic Shipping

Disebabkan tujuan aku berniaga di eBay hanya target pada buyer luar saja (terutama US), so bahagian domestic ni aku set sama je dengan international shipping. Aku tak nak pening hahaha 😄



Flat: Same cost to all buyer

Barang dari China

Jika korang buat dropship supplier dari China, dibahagian Services pilih Economy Shipping From China/Hong Kong/Taiwan to Worldwide (11 to 35 business days). Biasanya kalau barang tu dipos dari China (economy shipping) memang akan ambil lebih masa. Biasanya 20 hingga 90 hari baru sampai pada buyer.



Barang dari Malaysia

Jika korang pos sendiri barang tu dari Malaysia, dibahagian Services pilih, Economy services: Economy Shipping (1 to 10 business days) seperti dalam gambar dibawah




Cost
, korang boleh tick Free Shipping atau sebagai contoh macam aku caj adalah $2.99 (rate oversea). Cost ni, flexible. Bergantung pada barang yang korang jual, korang nak caj atau nak buat Free Shipping, ikut korang la. Janji jangan rugi.


International Shipping

Barang dari China

Jika barang yang korang jual akan dipos dari China, pilih Services: Economy Shipping From China/Hong Kong/Taiwan to worldwide. Dibahagian Cost, korang ikut la nak caj berapa. Samada Free Shipping atau $0.99 / $1.59 dsb. Ianya flexible. Yang penting tak rugi.




Barang dari Malaysia

Seperti biasa, jika barang itu kita pos sendiri dari Malaysia pilih saja Economy International Shipping. Cost adalah flexible, ikut korang 😊




Handling Time

Dibahagian handling time ni, korang set jelah agak-agak bila korang boleh pos keluar. Macam aku, aku akan set dalam masa 5 hari. Sebab biasanya pos keluar negara memang akan amik masa yang agak lama. Domestic atau international, sama je aku set selamat 5 hari untuk proses barang yang nak dipos. Nak set lebih dari 5 hari pun boleh, aku rasa tiada masalah. Sebab kebanyakan buyer dari luar, diorang sudah sedia maklum penghantaran memang akan mengambil masa yang agak lama, terutamanya barang yang di pos dari China.




Setakat ini, buyer luar memang tak pernah nak push tanya seller mana tracking number, bila nak pos barang, bila barang boleh sampai dsb. Dorang memang relax jer menunggu kecuali, dah dekat 2-3 bulan tak sampai-sampai barang, barulah akan ada buyer yang tanya.✌

Package weight & dimensions

Bahagian ni, aku isi weight saja. Package type tu aku biarkan macamtu jer. Jangan lupa convert dari g atau kg ke lbs atau oz



Nak convert macamana? Ahh, tanyala mr. Google beb! 😁

Exclude Shipping Locations

Dibahagian ni, korang tick jer mana-mana negara yang korang tak boleh nak hantar. Biasanya, aku akan tick APO/FPO, US Protectorates, Africa, Central America and Caribbean, Oceania (kecuali Australia & New Zealand), South America (kecuali Brazil, Chile, Columbia), North America (kecuali Canada & Mexico)






Kebanyakan negara yang aku tick tu, biasanya suplier China akan hantar barang tanpa tracking number atau sebab-sebab lain adalah cost shipping terlalu mahal dan tak masuk akal. Sekali hantar, cost pos beratus-beratus USD weh 😂 


Matilanak. 


So better kita tak payah accept lah negara-negara yang macamtu. Risiko.


Kalau shipping cost lebih mahal dari harga barang, sapa la yang nak beli nanti, kan? hhahhaa 😂


Item Location


Bahagian ni, kalau barang tu di pos dari China. Korang letak China. Kalau dari Malaysia, korang letak Malaysia.




Selesai.


That's all jelah yang aku isi dibahagian Shipping Details. Yang lain, mana yang aku tak sentuh tu aku biarkan default macamtu jer.

Semoga bermanfaat! 😎

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post