Halu guys!

Pernah dengar Turnip? Turnip ni salah satu aps macam Omlet Arcade juga, dimana dengan Turnip kita boleh live stream game di facebook atau youtube dengan mudah. Tapi khas untuk pengguna android saja ya guys! 😁

Untuk iphone user, tak boleh. Serius 😏💃


Free jer Turnip ni dan tak perlu register pun kalau nak guna. Install dari Google Playstore dan boleh terus guna weh. Kalau Omlet Arcade, kena register dulu baru boleh guna kan? 😁


Let's stream dengan Turnip.
  • Install Turnip di Google Playstore dan Open
  • Kemudian, Setup Stream


  • Kemudian, Select a Game. Pilih game mana yang korang nak main.


  • Kemudian, pilih style game yang korang nak samada Solo atau Squad. Actually dibahagian ini, korang pilih jer mana-mana pun, takda effect kalau korang main solo atau squad. No worries! 😀


  • Kemudian, Next: Stream Info


  • Kemudian, pada Stream Title, description tu korang tulis jer apa korang nak tulis 😁 Then, klik Next: Stream Settings


  • Pada Stream Quality, aku pilih mana yang recommended jelah. Tapi kalau internet korang memang superb laju, boleh pilih HD terus kot. Dibahagian Stream On, aku pilih Facebook sebab aku live dekat facebook page. Kalau korang pakai Youtube, pilih Youtube. Kemudian, klik Next: Stream Preview


  • Then, klik terus Start Streaming


  • Lepas tu, window game yang korang nak main itu akan auto open. Then korang akan nampak simbol Turnip yang kecil seperti dalam gambar dibawah.


  • Actually, time ni korang belum start live lagi. Kalau dah nak start live, korang tekan simbol play pada Turnip tu, sampai la keluar tulisan Live macam dalam gambar dibawah


  • Selesai. Simple kan?

Aku dah try Turnip ni, memang smooth. Takda sangkut macam Omlet. 

Tapi, yang tak bestnya pada speaker / mic untuk kita berborak dengan team in game. Dorang tak dengar suara aku weh. Dalam live clear nak mam. Tapi team dalam game, dorang tak dengar suara aku.. hahahhaha 😂

Adoi lahhhh... Masalah.

Maybe untuk phone jenis aku pakai, tak sesuai kot. Aku pakai Vivo V20. Phone android lain, aku tak pasti. Maybe tiada problem macam aku ni. Korang try lahhh

Turnip problem, so aku guna Omlet Arcard balik. Biarla on / off mic untuk bercakap dengan viewers dan team in game. Sabar jelah dah nasib 😆

So you guys, sapa yang ada problem dengan Omlet Arcade. Korang boleh try Turnip ni sebagai alternatif untuk live stream. 

Good luck!

Jangan lupa follow JT Gaming untuk support ✌

Adios,

Post a Comment

Previous Post Next Post