Cencalok!

Sape pernah makan ni? Makanan tradisi orang Melaka, cencalok. Bukanlah makanan utama, tapi sebagai hidangan sampingan. Macam kita, makan sambal belacan dengan nasi putih + gulai acor. Err, sapa tau gulai acor? Orang perak je yang tahu kot :p Atau budu, kalau orang klate :D

Cencalok ni, sedap jugakla bagi aku. Tambah pula, bila dicampurkan dengan perahan asam limau, pastu dengan hirisan bawang dan cili padi.

Adeh, sambil menulis pun boleh terliur!

Rasa dia masin-masin, ada masam-masam, pedas-pedas sikit. Memang kenalah kalau makan dengan nasi! :D

Sape tak pernah tahu pun pasal cencalok ni, kalau korang ke selatan tanah air, start dari Melaka sampai Muar memang banyakla gerai-gerai tepi jalan jual. Harga sebotol sekitar RM4.00 kebawah, kurang pasti.



Dekat sini, ada review sikit pasal cencalok. Aku cedok dari en Wikipedia.

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.

Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.

Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]

Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.

Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.

Bukan sikit, banyak ni! haha. Tq sebab sudi membaca :D

Nota Kaki: Tolong ye, makan jangan tak ingat dunia! :p

Wassalam,
Aku Seorang Traveler

Post a Comment

Previous Post Next Post