Salam semua. Salam 1 November! :p

Harini aku dengar cerita dari kawan aku sendiri. Diorang hiking Gunung Nuang, sabtu lepas. Dan takde prepare apa-apa.

Then lepas tu, apa yang diorang rasa?

Tak sangka Gunung Nuang tu tinggi. Ingatkan macam bukit biasa.

Sepatutnya;

* Kena review/google search dulu info tentang gunung yang kita nak naik.. Jangan main redah jer huhu

* Disebabkan diorang ingat sebuah gunung tu macam naik bukit biasa-biasa..So diorang tak prepare apa-apa. Hiking sehelai sepinggang je. Pegi hiking gunung dengan bag yang terisi sedikit makanan




Tak prepare barang-barang keperluan, seperti

* Waterproof case untuk barangan yang tak boleh kena air macam smartphone. Disebabkan tak bawak waterproof case, smartphone rosak masuk air. Tak sangka hujan lebat.

* Rain Coat, kalau hujan. Raincoat sangat penting. Kalau tak bawak, then hujan pulak turun dengan lebat. Memang sejuk menggigil. huhu. Silap-silap boleh demam.

* Kasut hiking. Kalau boleh pakai kasut yang sesuai bila nak hiking masuk hutan. Tambah-tambah naik gunung. Nak jimat, pakai kasut getah. Kalau pakai kasut jogging. Akibatnya ada salah seorang kawan diorang, terseliuh kaki. huhu

* First Aid. Penting. Kalau la terkena gigitan serangga, terluka kena duri dsb.

* Headlamp. Trekking dalam gelap. huuuu bahaya..

* Makanan/minuman untuk tenaga. Makanan/Minuman kena bawak secukupnya. Kalau makanan/minuman takde. Pun payah jugak. Nanti pengsan dalam hutan. Bergantung pada gunung apa kita nak naik. Kalau setakat naik Broga, takkan nak bawak makanan penuh satu bag kan? :)

So, barang-barang yang aku mention dekat atas ni sangatla PENTING. Jangan ambil mudah. Pada siapa yang plan nak hiking tu, at least kena prepare barang-barang keperluan. Kalau masuk hutan, bukan macam kita masuk mall besar-besar dalam bandar tu. :D Dunia dalam hutan lain, sedikit sebanyak kita kena timba ilmu hutan juga sikit.

Nak baca banyak info, korang boleh join forum Gunung Online atau boleh join group Hiking Camping Around Malaysia (HACAM) dekat facebook.

Okbai,
ASTraveler

2 Comments

  1. Dulu waktu muda ahaksss muda katanya! Kerap jgk join group mendaki ni so mmg adalah tonglat utk mendaki tu tp skrg dh x ada kaki yg boleh join

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala. travel negara org lg syiok sis :D hihi dr mendaki tu.. sakit sikit. hahaha

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post