Salam hi semua!

Harini aku nak share satu lagi cafe yang best untuk lepak santai. Last weekend aku pegi lepak sini dalam dekat 2 jam jugak :p

Superstar Pet Studio


Teruja wei nak share! :) 


Cafe ni buka dari pukul 11pg - 11pm. 

Ada pakej yang disediakan bila masuk cafe ni, samada korang nak makan sahaja atau terus main dengan kucing-kucing jer ataupun full pakej, makan dan main dengan kucing.

Aku haritu, amik pakej makan + main dengan kucing. Dah alang-alang kan, takkan makan je kot :p

Entrance fee adalah seperti dibawah,

Tapi ni fee untuk main dengan kucing jela. Tak termasuk makan

Suasana dalam cafe ni memang menarik. Jom tengok apa ada kat dalam cafe ni.

Kaunter bayaran
Ada dua bahagian, duduk atas lantai (japan style), atau makan atas meja/kerusi. Kitorang pilih duduk bersimpuh atas lantai jer..

Berikut antara menu-menu yang disediakan,


Rambang mata, harga pun not bad :p

Last-last kitorang decide amik Couple Set Promotion, RM30. Makan buah-buahan cicah coklat, dengan 2 air sirap. Lepas makan main dengan kucing selama 30minit. Oklah tu kan..

Ingatkan ada set nasi, kalau ada lunch terus kot.

Tadaaaaaaa!


Mai close up sikit


Couple set promotion, tak tau la memang harga dia ke atau promotion.. Normal price takde lak tulis kat situ..


Lepas puas makan buah cicah coklat, tiba masanya aku nak main dengan kucing pulak. Tapi sebelum masuk bermain dengan kucing, kena bayar dulu dekat kaunter. Then dorg spray tangan dengan.... Aper ek? huhu..

Lepas setel semua tu, baru masuk tempat kucing tu. Yeeeha!

Ada masa untuk bermain dengan kucing 30 minit je yer..


Time kitorang masuk ni, mostly semua macam mengantuk. Letih main pagi tadi kot.. time 1pm+ ni masa tuk dorang tido.. Tapi ada gak yang nak main lagi hhihi.

Comel-comel! Hai awak yang tomey hihi


Actualy setiap ekor kucing kat sini ada nama. Person in charge kat sini ada bagitau nama-nama dorang ni. Tapi aku lupa. Banyak sangat :p


Manja dorang ni. Nak pegang pun, kena ada cara dia.. Kalau tak dia marah :p

Dah mula nak main dengan kiter..


Yang sekor ni nampak macam bad mood. Muka garang lak tu hahaa


Gebu betoi yang sekor ni


Time aku datang ni maybe memang time dorang tido kot huhu



Yang hitam ni antara kucing yang terbesar dekat cafe ni.. Besar woo

Tapi dia sibuk tido hahaa!


Ok dah dah. Times up! Dah cukup setengah jam 

Biasala lepas main dengan kucing, bulu-bulu dia sure melekat dekat baju, tudung. Dont worry la, cafe ni ada sediakan benda alah ni.. Tadaaaaa


So, sape yang minat dengan kucing ni.. Wajib try la tempat ni.. Best..

Ni address kalau yang dekat Shah Alam punya,

VG/38, BLOK N, JALAN PLUMBUM V7/V, SEKSYEN 7, SHAH ALAM..

Aku rasa Superstar Pet Studio ni banyak cawangan. Korang boleh google search jer, sure jumpa!

OKbai,
ASTraveler 2017

6 Comments

  1. alahai comel2 semua kucing kat situ, gerammm :D
    sedap pulak tengok chocolate fountain tu T^T

    ReplyDelete
  2. Siapa pencinta kucing memang digalakkan datang sini. deko2 kat sini cantik gilerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cantik. Pencinta kucing wajib pegi 😄

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post