Berapa Kos Sewa Heli Pasukan Penyelamat?

Monday, February 11, 2019

Assalam.

Baru-baru ni, aku pergi melawat cousin. Beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu mendaki Gunung Batu Putih, Tapah Perak pada bulan lepas.

Baru semalam aku sempat melawat.

Kaki kirinya patah, sebab terjatuh dalam perjalanan turun dari gunung dan dia dibawa turun menggunakan heli pasukan penyelamat.


Dari pengalaman yang tak diduga, dia bercerita pada aku.

Salah satunya adalah, kos sewa heli jika bantuan datang untuk selamatkan mangsa yang tercedera di atas gunung.

Sebelum ni, aku ingatkan tiada dikenakan apa-apa bayaran jika pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa mengguna heli. Rupanya ada bayaran dikenakan.

Sekali sewa, anggaran dalam RM6k- RM7k huhu

Naya kalau pergi mendaki under trip yang tak sah, dan ada benda yang tak diingini berlaku. Hangus duit macamtu je.

Nasib baik trip yang beliau sertai sah, dan ada VVIP yang boleh tolong setelkan masalah. Kalau tak, masak jugak nak membayar.

Jadi, ini peringatkan pada kita.

Jika nak join sesuatu trip, better trip yang kita nak pergi tu sah dan ada orang yang boleh kita harapkan dan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu perkara yang tak di ingini.

Semoga cousin cepat sembuh dari kecederaan yang dialami!


Adios,
ASTraveller 2019

7 comments

  1. ilmu baru.. tak tahu before this.
    semoga sepupu cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Wow mahalnya.. ye la ambulance biasa pun kena bayar lagikan heli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ambulan bape kena bayar tu? igtkan gov xperlu bayar haha

      Delete
  3. good info.. semoga cousin cepat sembuh..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.