Warong Pojok, Bandar Sunway

Tuesday, April 23, 2019

Assalam.

Last weekend, kebetulan aku memang ada di Subang. Malam tu lepas isyak, jalan-jalan cari makan area berdekatan.

So, ditempat yang kita tak biasa mestila Mr. Google jadi petunjuk untuk restoran yang sedap-sedap.

Kawan aku try google, taip "Restoran sedap near me" so, terkeluar lah,

Restoran Warung Pojok.

Tengok review, rata-rata kata sedap. Tengok gambar pun macam sedap makanan-makanan dia dekat situ. Tak jauh dari tempat stay kitorang Sabtu lepas, dalam lebih kurang 7 minit dah sampai.

Oklah tu, tengah lapar kan? :D

So kitorang decide terjah restoran tu. #taksabar

Memang lebih kurang 7-10 minit dah sampai.

Tadaaaaa,


Nampak meriah, ramai orang.

So kitorang terus masuk, dan order makanan yang nak dimakan.



Antara menu yang ada,


Harga boleh tahan murah.

So kitorang order,


Nasi Puith 1x RM2
Ayam Penyet 1x RM5
Satay Kambing 5pcs RM6
Soto Ayam 1x RM6

Ekstra Joss Mangga 1x RM2.50
Air Kosong 1x

Total RM23

Meh kiter kasi close up sikit.

Satay dia bukan main nampak juicy :>
Soto Ayam
Dari awal kita tak boleh judge apa-apa. So memang kena rasa dulu.

Bila dah setel makan, overall aku boleh bagi 2 bintang jer huhu

Ayam penyet, ayam dia tak garing dan tak dipenyetkan pun. Letak seketul gitu jer makan kita makan ayam goreng biasa. Sambal penyet, tak macam sambal penyet yang kita makan dekat Restoran Pecel Lele Padang Jawa atau yang seangkatan dengannyer.

Soto pun sama, tak berapa sedap. Macam rasa hanyir ayam sikit pun ader. Samala dengan Satay Kambing dia, rasa hamis sikit. Nasib baik satay order separuh. hahah

Yang sedap Jus Mangga dia jer. Yang lain out.

Kuciwa haha

Restoran Warung Pojok ni banyak cawangan, cawangan lain aku tak pasti. Mungkin ok. Tapi di Bandar Sunway ni, memang 1st and last la aku singgah >.<

Pada tekak aku dengan kawan aku lah.

Orang lain aku tak tau.

Tapi, kenapa review dekat google rata-rata 4 bintang eh? :p

Oklah, tu je aku nak share kali ni.

Adios,
ASTraveller 2019

Post a Comment

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.