Panduan Nak Buat Inspection di Puspakom Untuk Tujuan Tukar Hak Milik Kenderaan

Friday, October 11, 2019

Assalam hi!

Kali ni aku nak share, bagaimana nak buat inspection dekat Puspakom.

Bagaimana? 

Nak kena buat temujanji ke? Atau boleh walk-in terus ke sana dan terus masuk buat inspection?

Ya. Ada dua cara nak masuk ke Puspakom untuk buat inspection.

Tapi, apa pun mesti kena ikut prosedur juga :D

Aku haritu, yang memang tiada langsung pengalaman masuk dalam Puspakom, memang akan jadi tertanya-tanya.

Disebabkan tak tahu, aku walk-in terus pergi ke Puspakom sebab JPJ suruh ke Puspakom untuk inspection.

Bila dah sampai tu, jadi blur.

Nak daftar dekat mana, nak tunggu dekat mana dan nak tunggu giliran inspection dekat mana. Semua aku tak tahu..

So, aku bertanyalah pada guard atau pegawai yang ada disitu :p Kalau tak tanya, sesat jalan lah jawabnya huhu

Simple je sebenarnya. Nak masuk Puspakom ni ada 2 cara.

1. Walk-In
2. Booking melalui online (MyPuspakom)

Untuk Aps MyPuspakom, download jer dekat Google Play macam biasa.

Walk-In

Macam biasalah kalau walk-in, kena ikut turn. Menunggu panjang. So kena datang awal lah kalau nak Walk In saja. Tapi yang bestnya, kalau kereta korang ada benda yang agak-agak tak lepas contohnya tinted, so masa inilah yang paling sesuai untuk korang setelkan. Masa beratur panjang tu, korang boleh cabut tinted-tinted korang dan buang je dekat tepi-tepi tu.

Tak percaya?

Ya masa ni lah, ramai yang cabut tinted masing-masing.  Aku dah alami sendiri haha

Tak pandai cabut tinted? Jangan buat haha

Booking Online

Booking secara online ni, adalah paling mudah bagi aku. Download aps MyPuspakom, dan isi apa yang patut, untuk temu janji dsb.

Apa yang perlu diisi?

Antaranya adalah;

1. Nombor enjin kenderaan
2. Nombor Plat kenderaan
3. Maklumat Onwer dsb

Overall, yang nak di isi tu semua dah ada dalam geran kereta. So ikut  jer dari situ.

So, yang dah booking online tu kalau nak masuk kena scan QR Code dari Aps dan terus masuk. Kalau buat appointment jam 10 pagi, dalam jam 9.40 pagi korang dah dibenarkan masuk untuk buat inspection.

Tapi booking online ni, memang tak sempat dah nak buat apa-apa pada kereta. Pastikan, kalau yang dah booking online ni kereta dah takde masalah.

Bagaimana nak masuk tu?

Drive kereta korang masuk ke dalam ikut giliran. Macam Drive Thru tu :D Sebelum nak masuk tu, ada pintu berpalang seperti gambar dibawah (macam nak masuk parking berbayar).

Scan QR Code (booking online) atau isi plat nombor kenderaan (walk in) disini
Walk in, kena masukkan no plat kenderaan. Kalau dah booking online tu, hanya scan je QR Code via Smartphone anda di pintu masuk.

Then terus masuk, ikut je kenderaan lain. Tapi sebelum tu kena tau bahagian mana nak masuk. Kalau kenderaan persendirian, kena ikut lorong yang berkaitan tu jela :)


Bila dah siap inspection, kena tunggu keputusan dari Puspakom. Yang ni agak lama sikit sebab kereta banyak kan.

Keputusan bergantung pada kenderaan korang. Kalau kereta korang tak ikut spek yang dibenarkan oleh undang-undang, memang GAGAL la keputusannya. Kalau masalah tinted tak lepas ke apa, diorang akan bagitahu dan kenalah buat balik inspection baru huhu.

Buat untuk kali kedua ni, free ke?

Oh, tidak-tidak. Kena bayar semula ye hhaha

So, untuk elak dari GAGAL dalam keputusan inspection, korang kena siap-siap cek apa yang agak-agak tak lepas. Contoh kalau tinted tak lepas, kena siap-siap kasi tanggal lah itu tinted yer :p

Bila dah LULUS Puspakom, barulah boleh ke JPJ untuk thumb print, tukar hak milik :)

Siap!

Adios,
ASTraveller2019

4 comments

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.