Dropship, Bagaimana Nak Mula?

Wednesday, July 8, 2020

Salam guys.

Posting kali ni, aku nak share sikit pasal DROPSHIP. Sebab ramai lagi diantara kita, tak tahu lagi apa itu Dropship dan bagaimana cara nak mulakannya?

Ok, let's go.

Apa itu Dropship?

Ikut pahaman aku, dropship ni adalah satu perniagaan orang kata tanpa modal. Tak perlu modal pun, korang dah boleh mula buat Dropship dan terus dapat untung bergantung pada margin pembekal / suplier / selller bagi dekat korang.

Lepas tu, yang paling best korang tak payah susah-susah pergi pos pun. Sebab urusan pengeposan semuanya akan diproses suplier korang tu.

Mudah kan?

Contohnya seperti gambarajah dibawah,


Bagaimana nak mula?

  • Target dulu barang apa yag korang nak jual (Contoh: Bag, Wallet dsb)
  • Cari supplier yang buat program Dropship dan supply atau jual barangan seperti bag, wallet tadi. Yang penting tiada yuran keahlian la untuk permulaan. Sebab ada sesetengah suplier, diorang kenakan caj untuk sertai program Droship.
  • Pastikan supplier tu banyak feedback yang positif. (Lihat pada testimoni hasil jualan mereka). Kalau tiada feedback dari customer atau banyak negatif feedback, better cari supplier lain.
  • Research harga barang yang dijual. Pastikan harga yang ditawarkan pada Dropshipper adalah lebih murah dari harga pasaran. Kalau sama atau mahal, buat apa nak dropship. Untung takda kang haha
  • Kalau semua dah ok, mulakan jualan.
  • Cari gambar produk, details produk dan mulakan jualan di platform percuma seperti Facebook, Instagram, Mudah.my, Carousell dsb. Biasanya gambar produk dan details, akan disediakan oleh supplier. Korang mintak jer
  • Letakkan details korang seperti nombor WhatsApp, Telegram pada iklan korang untuk mudah pelanggan hubungi. Biasanya memang WhatsApp la kan
Simple kan?

Kalau dah dapat customer, apa nak buat?
  • Suruh buyer berikan details Nama, Alamat dan No H/P lengkap untuk proses pengeposan
  • Pastikan buyer berikan sekali bukti slip pembayaran samada via online transfer, CDM dsb
  • Semak dulu akaun bank korang. Pastikan duitnya dah masuk
  • Hantar details customer pada suplier untuk di proses
  • Bayar pada suplier pada harga Dropship dan untungnya anda simpan
Senang je kan? Tanpa modal, korang dah boleh buat duit.

Apa yang perlu ada, kalau nak jadi agen Dropshipper ni?
  • Pertama, korang mesti ada online banking. Kalau tiada, urusan nak semak pembayaran customer pada korang jadi rumit. Nak transfer pada suplier pun payah
  • Kena ada WhatsApp atau Telegram dsb. Orang sekarang dan jarang guna SMS. Semua itu kos :p
  • Social media korang kena ada, sekurang-kurangnya korang ada akaun Facebook atau instagram
Selamat mencuba!

Beli buku "Dropship, Bagaimana Nak Mula?" disini

Adios,
ASTraveller[dot]com

6 comments

  1. terimakasih infonya, sangat berguna bagi aku yang mau belajar Dropship :)

    ReplyDelete
  2. Salam dari Indonesia. Terima kasih atas informasinya. Saya nak mula belajar menjadi dropship

    ReplyDelete
  3. Thx infonya tentang dropship. Bisnis ini sekarang lagi booming

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.