Kolam Pancing RM3 Jugra

Friday, October 30, 2020

 Assalam guys 😀


Minat memancing tak? Actually, aku ni takda la minat memancing. Tapi disebabkan bff aku memang minat giler dengan memancing, so aku pun try la teman dia memancing. Dia bawak aku ke satu tempat yang agak berbaloi untuk memancing.


Kitorang pergi ke Kolam Pancing RM3 Jugra, Banting. Tak sampai sejam dari rumah kitorang Seksyen 30, Shah Alam. Bayaran masuk RM3 / joran. Tempat lain, ada yang lagi mahal nak masuk, samada dapat ikan ke tak dapat bayaran tetap sama. Rasa macam tak berbaloi la kan, bayar mahal tapi ikan tak dapat. Kalau yang RM3 ni, takla rasa terkilan sangat kalau tak dapat ikan hahha 😄


Orang mancing kata, Kumpau pun tak rugi! haha


Kolam Pancing RM3 ni agak berbaloi dan murah. Dapat ikan ke tak, bayar tetap RM3 untuk masuk. Kalau dapat ikan baru bayar ikut harga dan berat ikan yang kita dapat. So, korang yang memang minat memancing, wajib try pergi ke sini. Memang berbaloi dan best haha 😬


Psttt, tapi belah malam lain bayaran dia. RM5/joran tau!


Kolam Pancing RM3 Jugra



Ramai weh sini kalau weekend. Tapi tempat parking jangan risau, ada jer.. Parking je disepanjang bahu jalan. Parking tak bayar pun, free jer 😙


Jom masuk


Sebelum masuk, bayar dulu. RM3/Joran. Kalau takda joran, korang boleh sewa jer. Tak pasti sewa joran berapa. 


Ada beberapa jenis ikan yang korang boleh memancing dalam ni. Antaranya:

  • Ikan Siakap RM17/kg
  • Ikan Kaci / Siakap Merah RM30/kg
  • Ikan Jenahak RM35/kg
  • Ikan Kerapu RM50/kg

So setiap kolam, jenis ikan adalah berbeza.. Harga ikan pun berbeza. So korang pilihla ikut poket masing-masing. Sebab, kalau kita memancing dapat ikan then masa nak keluar nanti kita kena bayar harga ikan ikut berat dan jenis ikan. Dekat kaunter, dorang akan timbang berat ikan ikut harga. 


Paling murah, ikan siakap RM17/kg. Paling mahal, ikan Kerapu RM50/kg. Berapa banyak ekor yang korang nak tangkap, ikut suka. Nanti masa nak balik bayar jer 😜

Tapi kalau korang memang tak dapat langsung ikan, tangan kosong. Masa balik tu, tak payahla nak bayar apa-apa. Cukuplah datang sekadarkan lepaskan gian je kan kan 😂










Banyak kolam kan? Pilih je mana satu.. Kalau tak banyak bajet, jangan pegi memancing kolam ikan kerapu pulak ye? haha Ikan paling mahal tu 😋


Macam aku haritu, kawan aku pilih ikan siakap jer, RM17/kg. Dapat ikan, takdelah pening nak membayar nanti hahaa 😜 Tapi kalau korang tak bawak banyak cash pun, korang still boleh membayar secara online. Transfer jer



Oppss, sebelum masuk kena beli umpan dulu. Dekat sini pun ada je jual umpan udang, RM4/Pack. Ada dalam 5 ekor setiap pack.





Dari segi kemudahan, boleh dikatakan semua ada. Antaranya:

  • Tandas
  • Surau
  • Kedai
  • Restoran



Yang paling bestnya dekat sini, kalau korang malas nak bawak balik ikan tu, korang boleh bagi  je ikan yang korang dapat tu dekat Restoran dalam tu. Suruh dorang masak dan makan terus..

Catch & Cook 😃






Waktu operasi:

Siang: 8 pagi - 7 malam (RM3/joran)

Malam: 7 malam - 12 tengah malam (RM5/joran)


Untuk lebih lanjut, korang boleh direct dm page Kolam Pancing RM3 Jugra. Atau boleh contact terus nombor berikut:

En. Zol- 0123035164 
Ajib- 0126499872 
Azizi- 0169753940

Ni haaaa weh, hasil kitorang mancing dari petang sampai ke malam... Enjoy pulak rasa 😀










Lebih menarik, jom layan video dibawah 😃




Adios,

4 comments

  1. tak pernah try memancing! kalau saje2 nak try kat sini boleh lah sebab murah kan. btw mashaAllah cantiknya gambar langit2 tuuuu

    ReplyDelete
  2. Memancing ni best. heheh sya dulu2 ja pegi dgn fam. skrg kurang masa. nak pegi takda kawan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy first time ikut kwn. mmg rasa best plak. terjebak haha

      Delete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.