Apa Yang Perlu Dibawa Ketika Masuk Hutan?

Thursday, November 19, 2020

 Haluuu guys.


Dah lama tak sembang pasal hiking/trekking masuk hutan. Last hiking dulu, kalau tak silap aku pada tahun 2018. Tak hiking sebab malas dah nak paksa lutut panjat sana sini. hahaa 😂 


Gambar: Google

Yang aku suka buat sekarang, adalah bercamping. Santai dan yang penting, lutut aku tak terseksa nak panjat sana sini. Maybe lepas ni, ber-Camper Car pulak kot. Camping gaya level-level kayangan hahaha. #kayangansangat 😝


Berapa banyak gunung dah aku tawan dulu?


Tak banyak pun, adalah beberapa kerat.. Lepas tu pencen. So aku in takdela layak sangat nak bagi nasihat kepada hiker diluar sana. Sekadar share pengalaman yang ada jelah mampu 😆 Okaylah, let's back to the topic.


Apa Yang Perlu Dibawa Ketika Masuk Hutan?


Tetiba, rasa terpanggil pulak aku dengan soalan seorang hiker kental dalam group hiking di facebook. Seolah-olah, macam seronok pulak bawak barang sikit-sikit ni, masa masuk hutan 😋



Seronok bawak barang sikit-sikit kan, sebab ringan. Laju sikit hiking tu nanti, padu dari orang lain 😆 


Bagi aku, mereka yang bawa bag besar-besar ni maybe join trip yang agak panjang atau pun dorang banyak bawak barang penting untuk keperluan semasa berada di dalam hutan. Takkan nak bawak barang yang bukan keperluan kot kan, buat penat badan jer ermm 😏


Perlu beringat, benda-benda emergency ni mana-mana pun boleh berlaku. Ini kan pula, kalau kita berada didalam hutan.. 😳



Hutan ni bukan dunia kita. Tak kira lah mana-mana hutan yang korang nak masuk. Barang-barang seperti first aid kit, poncho / raincoat, waterproof case, headlamp, pisau dsb adalah wajib dibawa ketika berada di dalam hutan. In case, kalau ada emergency, kita dah ready dengan semua tu. 😊


Hutan beb, jangan buat pasal 😆


Dalam banyak-banyak jawapan di group tu, jawapan dibawah ni adalah jawapan yang paling aku suka. Perfect! Memang sangat penting bawa semua benda yang dia nyatakan. Harap korang taklah ambil remeh dengan masuk hutan cuma bawa bar coklat & air jer.. Kalau lah tetiba tersesat di dalam hutan, barang yang korang bawa cuma 2 benda tu jer? Amacam? 😏




Tak kisahlah, masuk hutan tu sebab camping, hiking, running dsb, keperluan ketika kecemasan adalah wajib dibawa. 😎


Tengok gambar dibawah ni, barang-barang yang aku bawa ketika camping 2D1N di Pertak, Kuala Kubu Bharu pada bulan Julai lalu.. Banyak tak? Belum masuk barang makan lagi ni hahaha 😆


Barang-barang yang dibawa untuk 2 orang. Bukan aku sorang 😜

Prinsip aku, kalau nak masuk hutan memang kena bawa lengkap. Supaya, kalau ada apa-apa berlaku takla sampai menyusahkan orang lain. Tapi janganlah bawa segala bagai sampai tak mampu nak angkut ke campsite haha. 😝


Lagi satu, ilmu survival / ikhtiar hidup sangatlah penting untuk kita tahu ketika berada di dalam hutan. Aku  ni taklah pandai sangat lagi dalam bab survival ni. Sedang belajar-belajar juga. Kalau rajin, cari jer dekat facebook, blog, youtube, banyak jer otai-otai kita share ilmu survival diorang secara percuma. Kalau di Netflix kan, aku layan siri You VS Wild dari Bear Grylls. Banyak ilmu survival dia share dalam siri ni. Korang wajib tonton! 😃


Nak lagi best, korang attend kelas ikhtiar hidup. Lagi padu! 😎


Adios,

ASTraveller.Com

2 comments

  1. alaaa kite tak berapa adventure... hehe

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya! thanks for the item suggestion. will used them for hiking someday :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© A k u S e o r a n g T r a v e l le r. Design by FCD.