Hello guys! 😎

Petang ni aku nak share sikit pasal MyEG. Sebelum ni korang pernah gunakan servis MyEG tak untuk renew insurans & roadtax? Aku dah guna servis MyEG ni, dah lebih 5 tahun kalau tak silap. Dan tahun ni lah, tahun pertama, kita boleh buat perbandingan harga insurans di website MyEG. Sebelum ni tak boleh 😁

Kalau kita dah boleh compare semua harga insurans dalam satu masa, senangla nak tengok bajet dan pilih yang mana kita mampu kan? 

So, sekarang ni MyEG dah sediakan servis ni. 

Senang dah beb! So, apapun jom kita explore 😄

Check it out!

Cara nak compare harga insurans

  • Daftar / Log Masuk MyEG
  • Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)


  • Kemudian pilih Auto Insurance Renewal (Car) / Perbaharui Auto Insuran Kereta (Kereta)



Kemudian, akan keluar bahagian Compare Insurance For The Lowest Price




Dekat bahagian ni, korang boleh bandingkan harga insurans yang paling murah dan berbaloi. 

  • Klik Compare Now
  • Lepas tu masukkan nombor pendaftaran kenderaan (Vehicle Reg, No.). 


  • Kemudian klik Next
Semak details kenderaan anda, samada betul atau tidak. 




  • Dah yakin betul, tick pada kotak dan klik Next



  • Kemudian, pilih jenis kenderaan anda, samada Private Car (Kerete Persendirian) / Company Car (Kereta Syarikat)



  • Kemudian, isi kan I/C, D.O.B, Gender, Marital Status & Postcode dan klik Next

Paparan seperti berikut akan keluar, iaitu the current market value untuk kenderaan kita





Nilai market value yang dicadangkan adalah RM32,400. Tapi dekat sini, korang boleh adjust pada nilai market value yang paling minima, iaitu pada nilai RM30,000. Kalau nak lebih penjimatan, amik nilai yang paling minima. Supaya final total yang korang nak bayar tu, takda lah mahal sangat nanti. 

Ini cara aku lah, dah lama apply. Alhamdulillah, semua baik-baik saja 😁

So adjustlah kepada nilai yang korang nak.



Macam aku, memang adjust yang paling minima iaitu RM30,000 😎

  • Adjust nilai mana yang korang nak, iaitu antara RM30,000 - RM35,000




Then paparan ini akan keluar, iaitu senarai syarikat insurans yang ada di MyEG




  • Pilih je mana-mana syarikat insurans yang korang nak compare. Kalau aku memang tick semua jer 😘
  • Then cek paparan seterusnya, seperti gambar dibawah. Pastikan semuanya betul



  • Kalau semua dah betul, klik close.

Paparan seterusnya, iaitu sebut harga insurans bagi setiap syarikat akan dipaparkan. Jadi korang pilih je mana-mana insurans yang paling murah





Aku pilih RM663.87 😁 Paling murah! haha

Yang mana N/A tu, dia tak dapat nak bagi sebut harga. Maybe sebab aku pilih paling minima dibahagian market value tadi 😁

So setel dah compare harga! 

Then lepas tu, kalau korang dah ready duit boleh la terus klik Buy Now. Kalau belum ready lagi, close jer. At least kita dah tau bajet yang akan kita keluarkan untuk insurans sahaja. Roadtax biasanya tak mahal macam insurans kan? 

Yeaahhaaa 😜

Excited weh, bila MyEG dah sediakan servis macamni, senang la bagi aku nak compare harga sebelum beli mana-mana insurans!

Dah setel compare, kita kena beli insurans dan renew roadtax pulak.

So next posting, aku akan share bagaimana nak renew insurans dan roadtax di MyEG. 

Stay tuned ya! 😁

Adios,

5 Comments

  1. ooh sebelom ni wak pun pakai myeg bertahun2., tahun ni je pakai bijk.com tuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh hahah :p sy try compare bijak dgn myeg, lg murah myeg sejak boleh buat comparison

      Delete
  2. Good info. Hujung bulan ini insuran kereta akan expired, boleh lah rujuk info ini untuk buat perbandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, baru tyr buat perbandingan tapi perbandingan hanya untuk kereta di Semenanjung Malaysia saja setakat ini.

      Delete
    2. oh sabah sarawak xboleh yer? bole cuba di bijak.my

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post